Malaysia Dateline

Ramai 17 tahun ke bawah ditahan, polis bimbang mat rempit di negeri ini melambung 49 peratus

Berbanding hanya 18 orang mat rempit ditahan tahun lalu di Kelantan, seramai 61 remaja berusia 17 tahun ke bawah ditahan bersabit kes tersebut setakat ini.

Pendedahan polis negeri tersebut menyaksikan kes mat rempit di negeri dikuasai Pas itu melambung 49 peratus bagi tempoh Januari hingga Oktober berbanding tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, remaja berusia 17 tahun ke bawah menyumbang jumlah paling ramai terjebak dalam kegiatan mengganggu ketenteraman awam itu.

Sementara itu, jelasnya, 57 tangkapan melibatkan mat rempit berusia 18 hingga 39 tahun dan hanya empat tangkapan ke atas individu berusia 40 tahun ke atas.

Jelasnya, jumlah itu mencatatkan 114 peratus tangkapan berbanding tahun lalu hanya 65 peratus, dipetik Awani.

Kesemua tahanan terbabit menerusi pelbagai operasi di seluruh Kelantan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muhamad Zaki berkata, kes mat rempit di negeri itu agak membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan.

Sehubungan itu, beliau menasihati ibu bapa supaya memberi contoh yang terbaik kepada anak-anak mengenai keselamatan ketika menunggang motosikal seperti memakai topi keledar dan lesen memandu.

Baca juga ‘Ingatkan Janna Nick stres putus cinta terus buat badan’

Baca juga Tiga ‘penumpang’ bergadai nyawa duduk di bahagian kemudi kapal tangki