Malaysia Dateline

Ramai ‘beraya’ di kompleks beli-belah ketika varian ganas sedang merebak

Tidak boleh ziarah raya di rumah, ada yang terlajak ‘kreatif’ beraya dengan ibu bapa di kompleks beli-belah.

Walaupun kerajaan telah melarang ziarah untuk Hari Raya, orang ramai dilihat berduyun-duyun ‘beraya’ di kompleks beli belah.

Beberapa gambar situasi lokasi ekonomi dipercayai dirakam sekitar Lembah Kelang itu kini tular di media sosial.

Bahkan, ada yang dilihat mengambil kesempatan beraya dengan ibu bapa apabila turut tular gambar dipercayai anak sedang bersalaman memohon ampun dengan kedua-dua orang tuanya.

LANJUT MENYUSUL

Orang ramai dilihat tidak mengendahkan risiko jangkitan Covid-19 apabila berduyun-duyun ke kompleks beli-belah. Foto: Twitter KulupFans