Ramai berhutang demi konsert, pinjam duit untuk beli tiket

Oleh KIM SYAZIE

Semakin banyak konsert berlaku selepas hampir dua tahun menyepi akibat wabak Covid-19 yang melanda pada tahun 2020.

Para peminat yang sudah lama menunggu pastinya akan melakukan apa sahaja perkara untuk memastikan mereka dapat turut serta dalam konsert.

Menurut Bloomberg, ramai rakyat Indonesia terjebak kepada pinjaman teknologi kewangan untuk dapatkan wang segera.

Pinjaman terkumpul platform digital itu mencecah 51.5 trilion rupiah (kira-kira RM15.9 bilion) pada Mei lalu dan menunjukkan peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding tahun lalu.

“Kebanyakan mereka yang mengalami kesukaran membayar pinjaman biasanya meminjam untuk keperluan pengguna, contohnya, membeli gajet baharu, rekreasi, fesyen.

“Malah baru-baru ini untuk membeli tiket konsert,” kata Pesuruhjaya OJK Friderica Widyasari Dewi dalam taklimat pada Selasa lalu.

Para peminat dan pengguna seharusnya sedar akan kemampuan diri sendiri, adalah lebih baik menabung daripada terbeban dengan hutang.

Baca juga: 2 jam menunggu, wanita kesal tak dapat buka akaun bank kerana status suri rumah