Ramai buat ‘konten’ seram di rumah terbiar, pemilik buat laporan polis, mengadu susah jual rumah

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau dilihat video dengan ‘konten’ seram di sosial media mesti rasa takut untuk membeli kediaman berkenaan.

Malah di negara jiran Indonesia sangat sarat dengan ‘konten’ berhantu malah siaran langsung di buat di sosial media masing-masing.

Tidak tahan dengan sikap sesetengah individu, seorang waris rumah kosong di Jawa Tengah membuat laporan polis.

Waris tersebut mendakwa tiga Youtuber dan dua akaun TikTok membuat konten seram hingga menyebabkan hartanah itu susah untuk dijual.

Menurut Detik.com, rumah yang terletak di Semarang, Jawa Tengah itu tidak berpenghuni dan dan konten seram itu menyusahkan lagi usahanya untuk menjual.

Malah segala video dibuat tanpa kebenaran mahupun pengetahun waris dan lapan calon pembeli dikatakan menarik diri disebabkan kandungan di sosial media.

“Banyak barangan hilang seperti sembilan unit penyaman udara, perhiasan diperbuat daripada emas 28 gram dan televisyen.

“Kami tidak tahu siapa yang mencurinya,” ujar waris tersebut.

Tambahnya, dia kesal kerana segala dokumen peribadi milik keluarganya dipaparkan malah tukang rakam siap buat verita palsu konon rumah didiami orang kaya Arab.

Bagaimanapun salah seorang pencipta kandungan dikenali sebagai Joe Kal mendakwa hartanah itu berada di bawah pengurusan pihak bank kerana ia dalam status ‘disita’.

“Berdasarkan hasil selidik yang saya buat, rumah itu dimiliki oleh PT atau Perseroan Terbatas.

“Jadi, ia bukan atas nama persendirian (orang) ya kawan kawan. Status rumah itu kini disita jadi rumah tersebut di bawah kuasa dan milik ban,” ujar Joe Kal.

Baca juga: Pelajar IPT buat ‘anney’ kedai mamak terharu, belikan kek sebagai tanda perpisahan