Malaysia Dateline

Ramai kata memang sama, ini 5 makanan sejuk beku yang rasanya macam McDonald’s

Ramai kata memang sama, ini 5 makanan sejuk beku yang rasanya sama macam McDonald’s. Kadang-kadang apabila sampai ‘mood’ malas nak memasak, makanan segeralah paling mudah untuk kita beli bagi mengisi perut. Cuba bayangkan jika dapat menikmati hidangan makanan segera kegemaran anda di rumah pada bila-bila masa sepanjang hari. Fuh, memang nikmat!

Percaya atau tidak, rupa-rupanya terdapat beberapa makanan sejuk beku di pasaran dikatakan mempunyai rasa yang hampir sama dengan McD. Selain itu, ia boleh didapati di banyak kedai runcit di seluruh Malaysia.

Wah mudahlah lepas ini, tak perlu anda susah-susah pergi ke drive-thru semata-mata untuk dapatkan set kegemaran anda. Beli sahaja 5 makanan sejuk beku ini dan goreng di rumah, pasti terasa macam beli di McDonald!

Jom tengok antara 5 makanan sejuk beku yang dikatakan mempunyai rasa sama seperti McD seperti yang dikongsikan SAYS:

1. First Pride Tempura Chicken Nuggets

Image from azaharulazwan/Shopee

Nugget ayam tempura First Pride sebelum ini pernah viral gara-gara ramai yang mengatakan bahawa rasanya hampir sama dengan nugget McD. Menurut sesetengah pihak, makanan sejuk beku First Pride sebenarnya dikeluarkan oleh MacFood Services Sdn Bhd. Ia merupakan pembekal pemprosesan utama McDonald’s Malaysia untuk produk proteinnya seperti daging lembu, ayam dan ikan. 

2. Simplot FrenchFries Shoestring

Image from Shopee

Simplot FrenchFries telah dikatakan sebagai rasa yang paling serupa dengan kentang goreng terkenal McD. Ternyata, syarikat makanan sejuk beku Simplot sebenarnya adalah pembekal utama kentang goreng McD! Wajib beli ni buat stok makanan dekat rumah bila terasa nak makan fries McD.

3. Simplot Hash Browns

Image from Pinterest

Kalau breakfast dekat McD, tak sah kalau tak pesan hash brown kan? Itulah pelengkap set kegemaran ramai. Jangan cuba nafikannya! Memandangkan waktu sarapan pagi di McD hanya sampai pukul 11 pagi saja dan kadangkala anda tidak sempat untuk beli, apa kata anda dapatkan hash brown keluaran Simplot ni. Rasanya memang sama tau!

4. First Pride Spicy Chicken Katsu Crispy

Image from @jules12anne (Instagram)

Jika anda penggemar setia Spicy Chicken McDeluxe, cubalah beli First Pride Chicken Katsu Crispy perisa spicy ini. Ada yang mengatakan bahawa jika anda memasukkannya ke dalam air-fryer, anda akan mendapat versi yang kurang berminyak untuk hidangan kegemaran anda!

5. McCain Prosperity Spiral Fries

Image from Lazada

Sama seperti Simplot, jenama McCain juga dikatakan sebagai salah satu pembekal kentang McDonald’s. Kentang goreng spiral ini rasanya hampir sama dengan curly fries yang popular di rangkaian makanan segera. Rugi kalau tak cuba rasa!

Baca juga: Isu Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS): Kerajaan perlu bertindak segera