Buat anda yang gemar membeli makanan-makanan laut contohnya udang, bawa sekali ilmu memilih bahan segar apabila pergi ke pasar basah.
Silap pilih dapatlah udang yang berbau hanyir dan busuk. Tetapi bagaimana nak tahu udang di pasar itu segar atau tidak?
Siapa peminat masakan udang wajib simpan tips ini supaya anda dapat membeli udang segar dan sedap! Kesegaran udang mempengaruhi rasanya tau.
Udang yang segar akan rasa lebih manis dan pejal isinya serta tidak mudah hancur semasa memasak.
1) Lihat ‘black spots.’
Kalau perasan, kulit udang ada bintik hitam halus. Pastikan ia halus dan tak banyak.
Kalau bintiknya besar dan banyak, maknanya udang telah teroksida. Sebab lama. Dipanggil ‘melanosis’.
2) Bau laut atau ammonia.
Ini petua paling mudah nak kesan. Kalau udang tu dah lama, ia keluarkan sejenis bau ammonia. Busuk hanyir.
3) Tekstur isi.
Udang segar kena cukup sifat. Bila pegang, kepala tak tertanggal. Isi perlu firm dan tak lembik.
4) Kulit tak mudah terkopek.
Kalau isi dengan kulit melekat dan tak mudah tertanggal. Maknanya udang fresh.
Bila dah beli, ini petua mudah bersihkan udang.
Guna pisau kecil dan buat garisan pada bahagian atas badan udang. Kebiasaan kalau udang saiz besar.
Tujuan buang urat mengandungi bahan buang. Kalau perasan, nampak garisan warna hitam.
Sesetengah berisiko kena alergi kalau makan udang tak dibuang urat ni.
Bolehlah cuba..
Kredit: Dr Rizal Abu Bakar
Baca juga: “Aku terpaksa pindah lepas suami meninggal, dipandang hina kerana pegang status janda”