Ramai pelik himpunan bantah ICERD diteruskan, kata Hanipa

Ramai pelik himpunan bantah ICERD diteruskan, kata Hanipa

Pendirian Pas untuk meneruskan himpunan bantah ICERD di ibu negara, 8 Disember ini mengundang rasa hairan banyak pihak.

Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional berpendapat demikian memandangkan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini tidak berhasrat untuk meratifikasi ICERD.

“Kerajaan PH (Pakatam Harapan) yang baik hati , melalui YAB PM, kata penganjur boleh teruskan asalkan ikut peraturan yang sedia ada.

“Ramai juga yang pelik kerana himpunan itu mahu diteruskan meskipun Kerajaan telah putuskan tidak akan ratifikasi ICERD.

“Malahan, ada agamawan yang saran jangan diteruskan,” ujarnya dipetik dari Fecebook beliau hari ini.

Sehubungan itu, Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepng sependapat dengan Dr Mahathir tentang penganjuran yang dijadualkan bakal berlangsung di Dataran Merdeka itu.

“Biarlah mereka nak teruskan ‘gian’ berhimpun. Cuma jika saya boleh cadang, saya nak kata begini. Kenapa tajuk himpunan Bantah ICERD? Tak kena tu.

“Tukaqlah pada “Himpunan Bantah Bila Kerajaan tak ratifikasi ICERD” baru terserlah kejujuran. Kalau Kerajaan ratifikasi ICERD , barulah boleh banyak masyuk. Agaknyalah,” sindir Hanipa lagi.