Malaysia Dateline

Ramai penyokong DAP tidak akan terima idea PH bekerjasama dengan pengkhianat

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menegaskan ramai penyokong parti itu tidak akan dapat menerima idea Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan pemimpin pembangkang tertentu, terutama yang merancang Langkah Sheraton atas hujah perkauman dan agama.

“Pemimpin-pemimpin ini mampu menggunakan alasan yang sama jika timbul keperluan untuk terus berkuasa selepas PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15).

“Mustahil untuk bekerjasama dengan mereka lagi,” ujarnya memetik laporan FMT hari ini.

Lim Guan Eng

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata tiada apa yang boleh mengubah pendirian DAP walaupun difahamkan sesetengah pihak percaya semua parti pembangkang perlu bekerjasama untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada PRU-15.

Beliau mengulangi pendirian bahawa parti itu menolak untuk bersama parti atau individu yang telah mengakibatkan kerajaan PH tumbang pada 2020.

“Kami tidak akan mengambil pendekatan menang walau dengan apa cara sekalipun, yang bermaksud bekerjasama dengan orang yang tiada rasa bersalah apabila mengambil bahagian dalam Langkah Sheraton.

“Bagaimana DAP boleh bekerjasama dengan individu yang bekerjasama dengan (Datuk Seri) Najib Razak untuk menumbangkan kerajaan PH?

“Ia seolah-olah bekerjasama dengan BN,” tambahnya lagi.

Baca juga Lim Guan Eng yang kamu kutuk sebenarnya yang selamatkan Tabung Haji