Menyertai ibadat korban di luar negara sudah menjadi ‘trend’ kerana kosnya sangat murah berbanding di dalam negara. Jika 10 tahun dahulu di masjid dekat 20 ekor lembu tetapi hari ini cuma 3 ekor sahaja.
Bahkan ramai para ustaz dan asatizah pula begitu ghairah melakukan promosi mengajak umat Islam negara ini berkorban di luar negara yang sangat murah bermula RM390 satu bahagian.
Ianya jauh beza dengan kos korban di dalam negara di mana hari ini sudah mencecah RM800 ke RM850 satu bahagian.
Dengan kos sara hidup yang meningkat sudah tentu korban di luar negara sangat berbaloi pada masa ini, ibadah dapat ditunaikan walaupun ada kekangan kewangan.
Pada hari ini dapat kita lihat suasana ibadah korban sebahagian masyarakat Muslim di sini beralih memilih penyembelihan di luar negara seperti Kemboja, Vietnam, negara-negara Afrika, Bangladesh dan sebagainya.
Salah soerang netizen Faisal Rahim menzahirkan rasa bimbang dengan trend korban diluar negara di mana ramai yang menyertai korban di sana kerana murah berbanding dalam negara.
“10 tahun lepas korban raya Aidiladha kat masjid ada 18-20 ekor lembu. Tapi makin lama makin sedikit. Tahun ni cuma 3 ekor.
“Ramai pakat korban luar negara sebab murah. Ada asatizah pun promote korban luar negara dengan persatuannya,” ciap Faisal.
Umum mengetahui ibadah korban dalam Islam merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut.
Ia salah satu cara berkongsi rezeki dengan saudara seagama dan pada masa sama, mendapat pahala dan keberkatan daripada Allah.
Difahamkan dalam ibadah korban yang paling baik buatlah ditempat yang berdekatan dan tempat yang kita bekerja cari rezeki.
Sunat kita tengok binatang korban kita. Maslahah ini nak elak dari kes-kes penipuan juga.
Baca juga: Jalan-jalan, makan-makan dan hasrat membukukan kematian