Tahukah anda, Malaysia sebenarnya mempunyai jenama kereta mewah tersendiri?
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok oleh @carbuddiemy, mereka berkongsi pengalaman melawat sebuah kilang pembuatan kereta mewah di Malaysia.
Apa yang lebih menarik, kereta ini adalah buatan tangan sepenuhnya dan merupakan jenama dari Malaysia!
Difahamkan, kereta mewah ini diberi nama Bufori, yang diilhamkan daripada rekaan coupe Amerika tahun 1930-an.
Syarikat ini dimiliki oleh tiga beradik warga Lubnan-Australia, iaitu Anthony, George, dan Gerry Khouri.
Bufori Motor Car Company Pty. Ltd. mula beroperasi di Australia, namun pada tahun 1998, operasi pembuatan dipindahkan sepenuhnya ke Kepong, Kuala Lumpur. Kini, Bufori Motor Car Company (M) Sdn. Bhd. menjalankan pengeluaran kereta ini di Malaysia.
Kereta Bufori dijual dengan harga bermula dari RM850,000 dan ke atas, menjadikannya salah satu jenama mewah yang unik dari negara kita.
Ramai Terkejut dengan Keunikan Bufori
Rata-rata pengguna di ruangan komen video tersebut meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka Malaysia mempunyai jenama kereta mewah buatan tangan.
Bagi mereka, Bufori adalah satu kebanggaan kerana mampu bersaing dengan jenama antarabangsa dalam industri automotif mewah.
Bufori bukan sahaja membuktikan kemampuan Malaysia dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi, tetapi juga memperkenalkan keunikan reka bentuk klasik yang menarik perhatian ramai.
Baca juga: Butik paksa pengantin bayar RM1.2K, bau ketiak melekat di gaun tak hilang