Malaysia Dateline

Ramai terhibur tengok Tweet terbaru Mydin, makin menjadi-jadi dia punya ‘mengusik’

Ciapan pasar raya Mydin malam tadi benar-benar mencuit hati apabila admin laman Twitter itu makin rancak mengusik selepas isunya bersama penyanyi rap, Caprice tular di media sosial.

Susulan hantaran Mydin yang kuat mengusik dan sentiasa ke hadapan mengikuti arus semasa, netizen turut berseloroh mengatakan Mydin perlu bersedia kerana Caprice pasti akan membongkar sisi gelap pasar raya itu.

Nama Caprice sejak minggu lalu disebut-sebut kerana dia beberapa kali terlibat dalam usaha membongkar salah laku individu yang terlibat dengan kes jenayah seksual dan akan mendedahkan pelbagai sisi gelap individu tertentu yang mencari pasal dengannya.

Susulan itu Mydin memuat naik ciapan berbunyi bergini; “Sisi gelap Mydin: Pukul 10 dah gelap”.

Ciapan itu mengundang geli hati netizen yang kemudian turut menambah ‘rasa’ menyenaraikan sisi gelap Mydin yang lain termasuk kes roda troli yang tidak berfungsi dengan baik.

“Ada lagi, troli Mydin yang ada rode keras tu. Aib Mydin tu. Kang dia muat naik semua gambar troli rosak macam mana?,” seloroh pengguna Twitter.

“Admin ni lepas kes hari tu menjadi-jadi dia ya. Mesti bos bagi naik gaji ni. ‘Okay awak buatlah apa-apa yang buat rakyat suka kita’. Sekarang inilah hasil dia,” tulis pula pengguna lain.

Untuk rekod, Mydin tidak berhasrat memohon maaf kepada Caprice tetapi sebaliknya meminta penyanyi itu memfailkan saman jika benar dia mahu meneruskannya.

Caprice dalam perkembangan terbaru turut memberitahu akan meneruskan saman terhadap Mydin susulan ciapan syarikat itu di Twitter yang menyebut berkenaan ‘cap’ dan ‘rice’ yang dikatakan merujuk kepada dirinya.

Baca juga: “Macam ada unsur sabotaj”, netizen berang tiket ‘flight’ naik mendadak lepas satu jam tarikh PRU diumum

Baca juga: ‘Ini tugas kami sebagai orang dewasa’, PU Rahmat tawar peguam pro bono untuk si kakak tertikam adik

Baca juga: ‘Kita pernah bagi penyamun jadi PM, kenapa kali ini tak boleh beri peluang kepada Anwar?’