Era Generasi Alpha yang lahir dari 2010 hingga 2024 kini sudah pun berakhir.
Sebagai gantinya, muncul generasi Beta atau Gen Beta yang bakal hidup dalam era kemajuan teknologi.
Mereka adalah golongan kanak-kanak yang lahir antara 1 Januari 2025 sehingga tahun 2039, menurut onlymyhealth.com.
Sebelumnya, golongan Generasi Z lahir di antara tahun 1996 sehingga 2010 sementara milenial lahir pada 1981 sehingga 1996.
Setiap generasi dapat dilihat daripada gaya hidup, politik, sosio-ekonomi dan landskap teknologi.
Justeru kelahiran Gen Beta disifatkan akan membesar dan hidup dengan kemajuan teknologi serta memiliki pengetahuan tentang dunia digital yang sangat mendalam.
Mereka juga dijangka akan memiliki kesedaran terhadap kesihatan mental yang lebih baik selepas ibu dan bapa datang daripada generasi yang telah berdepan dengan masalah tersebut.
Baca juga: Didakwa jual 3 batang sate dengan harga ‘isra***l’, Mark Adam tampil beri penjelasan