Ramai teruja Menu Rahmah dah ada di ‘Vending Machine’! Kerajaan jamin sewa 2 tahun ditanggung

Oleh KIM SYAZIE

Orang ramai selepas ini tidak perlu gusar lagi untuk menikmati hidangan sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan malam dengan harga yang lebih murah.

Ini selepas program Menu Rahmah telah diperluas melalui mesin layan diri (vending machine) di mana ia merangkumi makanan dengan harga serendah RM2 bagi sarapan pagi, dan hidangan makan tengah hari dengan harga rahmah RM5.

Untuk info, program Menu Rahmah melalui mesin layan diri ini adalah bagi membolehkan golongan miskin tegar, miskin, dan B40 menjana pendapatan mereka sendiri sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.

Insiatif ini sebenarnya digerakkan sendiri oleh kementerian ekonomi di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Apa yang menarik, kerajaan memberi jaminan akan menanggung sewa mesin dan tapak niaga selama dua tahun untuk peniaga-peniaga yang berminat.

Mesin layan diri pertama ini akan diletakkan di LRT Cempaka, dan akan diteruskan di seluruh negara dengan sasaran permulaan sebanyak 5,000 mesin layan diri.

Melihat reaksi orang ramai di media sosial, rata-rata menyambut baik langkah kerajaan ini, selain beberapa pihak berharap agar lebih banyak inisiatif untuk rakyat digerakkan bagi membantu mendepani kos sara hidup yang semakin membebankan.

Mereka memuji idea terbaru Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli kerana ia mampu menjamin peniaga mampu meraih pendapatan berterusan tanpa perlu bergantung semata-mata kepada kerajaan.

Pada masa sama, ada yang meminta agar kerajaan membuat pemantauan rapi agar penyediaan makanan dikendalikan pada tahap terbaik, selain memastikan ia bukan program ‘setengah masak’.

Ramai

Baca juga: ‘Thank you mummy bawa Jebat ke Tanah Suci’ – Netizen suka lihat cara Sharnaaz dan Nabila besarkan anak