“Rambut Tokti dah ada uban ke?”

Oleh ROSLAN ZAMAN

Rakyat Malaysia mana yang tidak kenal dengan penyanyi nombor satu negara ,Dato Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti.

Tokti masih mengekalkan rangking nombor satu di hati peminat Malaysia sebagai penyanyi paling disayangi. Malah ada yang mendakwa suara Tokti makin lama semakin lunak dan merdu. Tidak tahu apa rahsia yang digunakan lagenda tanah air ini.

Sejak akhir ini kita dapat menyaksikan Tokti sering kali membuat ‘live’ di media sosialnya. Ditambah lagi dengan kehadiran anak-anaknya Aaufiah dan Afwa yang selalu ‘mengacau’ ibunya.

Semalam tular satu video potongan klip live Tokti yang mendapat puluhan ribu tontonan. Video yang dimuatnaik oleh @sitinurhalizafantastic menerima tanda suka sebanyak 1,788 dan sebanyak 104 komen.

Di dalam video tersebut, memaparkan Tokti yang menjawab soalan peminat mengenai adakah rambutnya telah beruban.

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Tokti juga manusia biasa sama seperti kita, pasti ianya juga mempunyai Uban.

@sitinurhalizafantastic Hehehe ❤️ DS @Siti Nurhaliza 🥰 #trendingvideo2024♥️♥️fyp💥 #trendingviralvideo🌹♥️❣️💞💞💞 #trendingvideo2024💯💯💯✅ #loveyouall💕 #loveyou #sitinurhaliza #fyppppppppppppppppppppppp #malaysia #live #love #trendingviralvideo💝 ♬ original sound – SitiNurhalizaFans

“Rambut Tokti dah ada uban ke?”

Namun secara bersahaja dan tenang lagenda negara itu menjawab, “Alaa Saya rasa kita ni takkanlah nak menolak kejadian Allah, akan ada lah sebab umur pun dah 45 tahun start dah ada uban”-Jawab Tokti

baca: Pelik Anwar selalu bersongkok ke luar negara, PM sebelum ini tak ada pun