Rancak sangat main golf sampai tak sedar terhayun kayu kena kepala member

Oleh KIM SYAZIE

Aktiviti golf semakin mendapat tempat dalam kalangan orang muda yang mahu mencuba sukan baru bagi mengisi masa lapang.

Namun bagi yang pertama kali, hayunan kayu golf itu penting dalam menentukan jarak bola namun janganlah sampai terkena kepala kawan kerana khusyuk sangat.

Menerusi satu video yang dimuat naik pengguna TikTok, @tenuki__ dapat dilihat dua pemuda yang sedang bermain golf.

Namun yang kelakarnya, ketika pemuda kedua sedang melakukan hayunan, kayu tersebut secara tidak sengaja terkena pada pemuda pertama di video tersebut.

Walaupun nama seperti hayunan tersebut tidak kuat, pemuda yang pertama dilihat memegang kepalanya dan menyatakan bahawa dia merasa sakit.

Namun rakan lain hanya mampu tergelak dengan situasi yang tidak disangka itu.

Netizen terhibur melihat video tersebut apatah lagi jarak dua pemuda yang agak jauh tapi masih lagi boleh terkena.

“Dah la jauh, kena juga,” komen pengguna TikTok.

“Nasib baik member kalau orang lain masak (teruk) kau bang,” tambah pengguna lain.

Rasanya dalam situasi ni, semua kena lebih peka dengan keadaan sekeliling bimbang terkena orang lain nanti boleh bergaduh.

Baca juga: Warga Amerika pelik tengok YDP Agong mesra dengan rakyat