Rancakkan semula pembangunan Labuan tanpa rasuah, azam Menteri Wilayah

Khalid bergambar dengan ketua-ketua jabatan kerajaan di Labuan sebelum memulakan perbincangan.

Kementerian Wilayah berazam untuk mengembalikan semula pembangunan Labuan yang agak suram sejak kebelakangan ini di samping membanteras rasuah yang menjadi dasar kerajaan persekutuan.

Menterinya, Khalid Samad dalam kunjungan pertama beliau ke Labuan selepas dilantik minggu lalu berkata, dasar kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah anti rasuah.

“Oleh itu, saya akan memgambil sikap ‘toleransi sifar’ dalam apa bentuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” kata Khalid memberitahu media selepas pertemuan itu.

Khalid memberitahu, beliau akan mengambil tiga pendekatan utama dalam mengendalikan Labuan termasuk toleransi sifar dalam rasuah.

Dua lagi adalah membangunkan semula Labuan selepas ia malap sedikit sebelum ini dan satu lagi adalah mengenepikan fahaman politik dalam menguruskan Labuan.

“Semua pihak ada hak untuk menyokong parti politik masing-masing tetapi apabila bertugas sebagai kakitangan kerajaan, semua kena beri tumpuan dan tidak bermain politik.

“Jika kita mencapai kata sepakat dalam tiga isu ini, kita boleh bekerjasama dengan baik dan tidak ada mana-mana pihak yang terpinggir,” kata Khalid.

Bersalam dengan pelajar agama selepas solat Jumaat di Masjid An Nur, Labuan.

Selain mendengar taklimat dan perbincangan asas dengan Perbadanan Labuan Khalid juga berjumpa dengan 95 ketua-ketua agensi kerajaan persekutuan yang ada di Labuan.

Ketika pertemuan dengan ketua agensi kerajaan itu, Khalid berjanji akan memberikan tumpuan untuk membangunkan semula Labuan yang agak terabai sebelum ini.

Beliau berazam mahu menjadikan Labuan sebagai pusat pelancongan dengan menggunakan kekuatan utamannya yang ada iaitu laut dan pantanya yang cantik dan makanan laut.

Beliau mahu semua pihak menyediakan kertas cadagan masing-masing untuk membangunkan Labuan.

Labuan menjadi pusat pembangunan sebelum ini serentak dengan kemajuan industri minyak dan gas.

Namun apabila indusrti itu menurun dan mempunyai masalah dengan kejatuhan harganya, ramai pekerja hilang pekerjaan dan ramai yang keluar dari pulau yang mahu dijadi pusat kewangan antarabangsa itu.

Memeriksa ikan bilis yang dihasilkan dalam projek rangsangan ekonomi oleh Perbadanan Labuan.

 

Taklimat tentang cadangan projek Masjid Terapung di kawasan tapak projek.

 

Menanam pokok limau kasturi sebagai tanda kunjungan ke Jabatan Pertanian Labuan.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote