Rangka kereta dilelong pada harga RM8.89 juta! Bukan biasa-biasa jenama kenderaan ini

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sangka rangka kereta sport Ferrari yang terbakar bersama enjin semasa perlumbaan pada tahu 60-an boleh dilelong pada harga AS$1.91 juta (RM8.89 juta).

Menurut portal MailOnline, kereta sport tersebut dilelong di Monterey, California. Kenderaan tersebut juga dipandu oleh Franco Cortese, pemandu perlumbaan pertama Ferrari.

Penganalisis berkata pembeli baharu mungkin perlu memulihkannya supaya ia boleh berlumba semula.

The Telegraph melaporkan bahawa kereta siri I Ferrari 500 Mondial Spider 1954 itu adalah kenderaan kedua daripada 13 kereta yang dibina oleh firma Pininfarina.

Malah rangka kereta itu juga tidak pernah disentuh selama kira-kira 40 tahun.

Lebih mengejutkan kenderaan tersebut masih mempunyai plat casis asal, kotak gear, sudut gandar belakang serta enjin empat sebaris Tipo 119 Lampredi berkapasiti 3.0 liter.

Rangka kereta itu telah dijual kepada seorang pengumpul di Monterey, California semasa Minggu Kereta Monterey baru-baru ini.

Pada tahun 2004 kereta itu ditemui bersama 19 Ferrari lain apabila taufan menerbangkan bumbung dari bangsal tempat kenderaan tersebut disimpan di Florida.

Baca juga: Berang rakan minta bayar balik wang pinjaman, wanita nekad racun semua teman rapat