Buat yang gemar pergi ke bazar pasti ada sekali-dua makanan yang dibeli itu menaikkan darah, apatah lagi harga tak setanding kualiti.
Jadi sebagai pengguna, haruslah bijak memilih dan cuba membeli makanan yang belum dibalut sepenuhnya agar tidak tertipu.
Pengguna TikTok, @hafayyad_ berkongsi gambar makanan yang mampu mengurangkan pahala puasa.
Antara yang mengecewakan apabila makanan tersebut hangit, walaupun sedap namun rupanya dan rasa pahit pastinya menghilangkan selera.
Antara yang turut dikongsi adalah Nasi Briyani berharga RM12 namun daging dibuat daripada daging kisah.
Dibawah dikongsikan gambar makanan lain yang mampu menyebabkan kemarahan pembeli.


Warganet turut berkongsi pengalaman mereka yang membeli makanan mengecewakan dari bazar Ramadan.
“Masa berbuka ayam tiada daging pun tiada, yang ada total bawang. Akhirnya ke tong sampah, buang RM16,” ujar @nuartaipeng.
“Beli buah melaka tapi tertinggal melaka. Buah tepung bersalut kelapa je dapat,” tambah @nursabirah.
Baca juga: Laungan Azan di Hawaii tarikh perhatian, “ni kalau dekat Malaysia orang dah pandang pelik..”