Rantai leher emas direntap peragut, wanita ini malah ketawa terbahak-bahak?

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita terperanjat apabila rantai di lehernya direntap oleh seorang peragut ketika sedang membersihkan kawasan di luar rumah.

Alih-alih menjerit, wanita yang memegang sebatang penyapu dan penyodok itu malah ketawa terbahak-bahak selepas diragut.

Kehilangan rantai emas yang bernilai, reaksi wanita yang terlihat tenang itu telah menjadi perbincangan hangat di media sosial.

Mana tidaknya, ramai merasa hairan mengapa wanita itu tidak menempik meminta tolong untuk meminta bantuan dari orang sekitar.

Menerusi tangkap layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita itu langsung tidak goyah ketika menghadapi perompak itu bersendirian.

Setelah tular di media sosial, pihak polis tempatan kemudian tampil mendedahkan situasi sebenar mengenai kejadian rompakan itu.

Menurut polis, kejadian yang mengejutkan itu sebetulnya berlaku di hadapan sebuah rumah yang terletak di daerah Hanoi, Thailand.

Dianggarkan bernilai kira-kira 24.9 juta dong (RM4,915), mangsa yang terlibat difahamkan telah membuat laporan di balai polis. 

Mangsa mengaku kepada pihak polis yang bertugas bahawa rantai leher dipakainya itu hanyalah barang kemas palsu.

Suspek terlibat dalam kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari, 16 Jun lalu itu bagaimanapun masih berada di dalam buruan polis, lapor The Thaiger.

Baca juga: Tak perlu ada ijazah pun, ini 16 jenis kerja bergaji tinggi di Malaysia