Rapat terus ke bahu jalan, situasi kemalangan ini jadi perdebatan warganet

Oleh ARIF ATAN

Tular klip video daripada rakaman penunggang motor yang memaparkan bagaimana dia dilanggar oleh sebuah kereta yang secara tiba-tiba meluru terlalu laju hingga rapat terus ke bahu jalan.

Kemalangan di susur keluar dari sebuah plaza tol itu kemudiannya mengundang perdebatan warganet dengan ada yang menyalahkan penunggang motor.

“Garisan putih putus-putus untuk masuk ke lorong kanan. Beri laluan kepada yang datang dari kanan
Tapi kalau kereta tidak terlalu rapat ke garisan mungkin tidak berlaku kemalangan,” kata pengguna Facebook, Min Hat.

Sementara itu, Johari Chot berpendapat kedua-dua pengguna lebuh raya tersebut laju apabila si penunggang keluar dari lorong motor begitu sahaja manakala pemandu pula ‘pakai hentam terus.

Bagi Azia Norhaziah pula garisan putus-putus sampai penghujung jalan menandakan perlunya laluan dari sebelah kanan diutamakan sama seperti peraturan semasa di bulatan.

“Kena bagi laluan kenderaan sebelah kanan. Dah pasti tiada kenderaan, baru kita jalan,” katanya.

Hal sama dibangkitkan oleh Norlidah Sulaiman apabila berpandangan pemandu kereta itu salah.

“Selekoh sebelah kanan ada ruang kecuali pemandu leka dengan telefon. Pemandu kereta sepatutnya fokus ke depan kiri dan kanan,” nasihatnya.

Undang-undang di jalan raya yang menyebelahi pengguna motosikal pula ditekankan Cyrah Mat apabila mencadangkan penunggang itu membuat laporan polis.

“Jika kemalangan melibatkan motor dan kenderaan lebih besar darinya di mana motor di posisi sebelah kiri atau bahu jalan, automatik kes motor akan menang.

“Sebabnya, laluan kiri adalah laluan motor. Motor di bahu jalan di laluan kiri adalah king.

“Jadinya, apabila kenderaan yang lebih besar darinya bergesel atau membelok atau melanggarnya, motor adalah king,” jelasnya sambil mendakwa hal itu adalah berdasarkan pengalamannya dan info dari ketua polis trafik.

Baca juga Kereta dilanggar belakang ketika Hari Raya ‘mengejut’, jangan maki hamun, ikuti 14 tips apa patut dibuat

Baca juga Kanak-kanak maut dijangkiti HIV selepas diliwat 4 beradik