Malaysia Dateline

Rapatkan saf dan perkukuhkan Pakatan Harapan

Pakatan Harapan (PH) perlu rapatkan saf dan diperkukuhkan serta menjadikan bidalan Melayu sebagai panduan ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’ dan juga pepatah bangsa iaitu ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.

Malah ahli dan penyokong PH perlu memberi kepercayaan dan keyakinan kepada pucuk pimpinan bagi memperkukuhkan PH serta bersiap siaga bersedia di medan tempur yang sebenar iaitu pilihan raya umum (PRU) ke 15 sepertimana kata falsafah ‘choose your battles wisely, know which battles to fight, which battles to leave’.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria.

Jelasnya, PH telah berkali-kali menghadapi mehnah dan tribulasi yang mencabar dan kepimpinan tekah berjaya mengharunginya dengan baik dan episod undi belah bahagi RUU Perbekalan 2021 hanyalah satu ujian kecil bagi kepimpinan yang berani serta melihat jauh ke hadapan.

“Keberadaan negara dan juga dunia ketika ini menghadapi pandemik Covid-19 yang teruk telah melumpuhkan ekonomi negara serta majoriti rakyat menghadapi tekanan ekonomi dan menjadikan RUU tersebut amat berbeza lain dari yang lain sebelumnya, malahan ini semua menuntut pengorbanan dan kesatyan dengan mengenepikan politik, sebaliknya memberi prioriti sepenuhnya kepada kelangsungan rakyat.

“Ada pun Ahli Parlumen PH yang bangun untuk mohon undi belah bahagi, ianya atas dasar menolak keabsahan kerajaan serta juga belanjawan yang tidak dicerakin dengan saksama sepertimana yang diputuskan dalam mesyuarat PH dan ketika saat akhir, mereka terlepas pandang mesej yang dihantar oleh Whip parti untuk tidak bangun.

“Sehubungan itu maka perlu diingatkan bahawa pada hari sebelum pengundian pada 25 November, mesyuarat Majlis Presiden PH telah memutuskan untuk menolak Belanjawan 2021, tetapi keesokannya pada 26 November, penggulungan Menteri Kewangan terdapat pindaan dan tambahan untuk kepentingan dan kebaikan rakyat sepertimana yang ditekankan oleh PH, maka itu Pengerusi PH berpandangan adalah wajar ianya diberi peluang, ” tegas beliau.

Renteran itu tambahnya, marathon politik yang sedang ligat berlari tatkala ini merupakan suatu perjalanan dan perjuangan yang panjang sehinggakan wujud pelbagai kesukaran dan gelora yang menguji ketahanan dan kecekalan semua pemainnya serta harus diharungi sehingga merealisasikan impian sebenar PH menjelangnya PRU yang akan datang.