Malaysia Dateline

Rapid KL tawar hadiah lumayan bagi pengguna My100, My50

Pengguna pas perjalanan My100 dan My50 berpeluang memenangi pas perjalanan percuma bagi perkhidmatan Rapid KL selama setahun menerusi pertandingan swafoto yang bermula hari ini.

Rapid KL dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pertandingan ini dianjurkan bagi menghargai sokongan pengguna pas perjalanan My100 dan My50 serta sebagai tanda terima kasih daripada Rapid KL untuk pengguna setia.

“Pengguna boleh menghantar seberapa banyak penyertaan bermula hari ini sehingga 15 Mac 2020.

“Terbuka kepada semua pengguna Rapid KL yang melanggan pas perjalanan My100 atau My50.

“Peserta perlu memuat naik gambar swafoto mereka sendiri dengan berlatar belakangkan aset Rapid KL seperti LRT, MRT, BRT, Monorel atau bas Rapid KL dan berkongsi dengan kami menerusi akaun Facebook, Twitter atau Instagram Rapid KL

“Peserta perlu ‘follow’ dan ‘like’ akaun Facebook Rapid KL, Instagram atau Twitter.

“Mereka juga perlu menamakan lima stesen LRT, MRT, BRT atau monorel yang popular di dalam ruangan komen.,” ujarnya kenyataan itu.

Rapid KL memaklumkan  pemenang akan menerima hadiah berupa perjalanan percuma perkhidmatan Rapid KL selama setahun dan juga berpeluang menenangi iPhone11 Pro Max dan Apple Watch Series 5 sebagai hadiah utama.

“Hadiah lain untuk dimenangi termasuk iPad Air dan iPad Mini. Ikuti media sosial Rapid KL untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini,” ujarnya.