Rapid KL tubuh pasukan khas tuntutan insuran mangsa rempuhan pemandu bas

Mohd Azam Omar

Rapid Bus Sdn Bhd telah menubuhkan pasukan khas bagi mengendalikan tuntutan insurans susulan daripada insiden yang membabitkan bas Rapid KL di AU2 Keramat malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Mohd Azam Omar  dalam kenyataan hari ini berkata, pemilik kenderaan yang berhasrat untuk mengemukakan tuntutan boleh menghantar tuntutan mereka bersertakan dokumen-dokumen yang berkaitan melalui e-mel ke alamat [email protected]

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini Mohd Azam mengesahkan bahawa bas yang terbabit dalam insiden di Jalan Enggang AU2 Taman Keramat malam tadi, adalah dalam keadaan baik semasa digunakan.

Berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat malam tadi, insiden berkenaan bermula apabila bas tersebut terlibat dalam satu kemalangan jalanraya kecil di Jalan Enggang AU2, di Taman Keramat.

Kapten bas dilaporkan meneruskan perjalanan sambil dikejar oleh sekumpulan orang awam.

Semasa dikejar bas tersebut dilaporkan melanggar beberapa kenderaan di sepanjang jalan sehingga tiba di susur keluar Jalan Ampang ke Lebuhraya MRR2 di mana kapten bas dilaporkan dipukul oleh beberapa orang awam.

Mohd Azam berkata pihaknya amat kesal terhadap insiden yang berlaku dan sedang bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat insiden tersebut.

“Kami berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sementara menunggu keputusan siasatan rasmi pihak polis,” kata nya dalam kenyataan.

Kapten bas tersebut masih menerima rawatan di hospital. Tiada orang awam yang dilaporkan cedera semasa kejadian tersebut.

Dalam kejadian malam tadi sebagaimana dipetik laporan Harian Metro, empat orang awam cedera selepas tujuh kereta dilanggar oleh bas Rapid KL yang dalam perjalanan dari Kampung Keramat menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), malam tadi.

Dalam video tersebut menunjukkan sebuah bas Rapid KL yang dikejar oleh beberapa orang lelaki menggunakan motosikal apabila pemandu bas memandu secara bahaya.

Selain itu, pemandu bas itu juga telah menyeret kenderaan tersebut ke kiri, kanan dan depan tanpa berhenti.

Pemandu bas tersebut juga telah cuba untuk melarikan diri selepas dia merempuh sebuah gerai dan menyebabkan seorang wanita serta bayinya cedera

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Lalulintas Polis Polis KL, Zulkefly Yahya, kejadian itu berlaku di hadapan Bangunan Risda, Jalan Ampang. Bas tersebut hanya berhenti di simpang Jalan Ampang-MRR2.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES