“Rasa menyesal buat baik dengan sepupu sendiri, dia layan mak aku macam bibik, bila kena halau…”

Oleh MAISARAH AISYA

Seharusnya mereka yang menumpang ini perlu sedar diri, bayarlah apa yang patut, jangan kerana keluarga terus dilayan macam hamba.

Seorang individu mengadu bagaimana ibunya dilayan seperti hamba abdi oleh sepupunya yang tinggal secara percuma.

Saya nak cerita tentang saudara saya, seorang wanita yang berumur 38 tahun.

Dia mula tinggal bersama keluarga saya pada tahun ini. Di rumah ni ada ibu, adik dan saya sahaja. Ayah sudah meninggaI dunia sejak dua tahun lalu.

Saudara saya, mula pindah masuk sejak bulan April yang lalu disebabkan faktor kerja.

Mula-mula dia duduk bersama saudara yang lain tapi kemudian pindah ke rumah kami pula sebab lagi dekat dengan tempat kerja dia. Kerjanya di Singapore.

Nak pendekkan cerita, disebabkan dia kena ulang alik rumah dengan tempat kerjanya setiap hari, dia jadi sakit.

Tiap malam dia akan menangis. Dia cakap dia dah seminggu cirit birit tapi bila Ibu ajak dia pegi kIinik, dia tak nak. Lama jugak kena pujuk. Rupanya dia ada penyakit diabetes.

Semasa dia sakit, banyak kali juga dia sakitkan hati Ibu saya. Padahal Ibu saya cuma ingatkan dia suruh makan dan mintak update tentang kesihatannya.

Dia seolah tak hormat ibu saya, kalau ye pun sebagai makcik dia atau orang yang lebih tua.

Kadang-kadang bila Ibu tanya dia soalan, dia buat bodoh dan diam sahaja. Kesian Ibu saya, dia jadi stress.

Masa ni, kami sekeluarga memang nak dia pindah rumah sewa. Tapi bila Ibu tanya pasal ni, saudara saya akan marah balik pada ibu.

“Makcik nak saya keluar rumah ni ke?! Makcik nak saya sewa rumah lain ke?!”. Ibu pun terdiam. Bila saya dengar cerita pasal ni, saya pun marah tapi tak boleh buat apa.

Banyak lagi yang berlaku. Lepastu, kami semua mengadulah dekat keluarga dia, ibu pula mengadu dengan adik beradik dia.

Baru la mereka datang jenguk dan bawak dia pegi hospitaI. Tapi bab pindah ke rumah sewa semua diam.

Dan selalunya bila mengadu dengan mereka lagi, mereka semua hanya suruh sabar je. Adik beradik dia sendiri pun tak boleh nak sabar dengan dia, apalagi kita ni?

Kalau dia berperangai elok, hormat ibu saya tak apalah juga. Sekarang dia nampak macam dah sihat sikit. Cuma saya rasa kebelakangan ni dia macam ambil kesempatan terhadap ibu saya.

Ibu saya sendiri pun rasa begitu. Ibu kata saudara saya tu buat rumah macam hotel. Kalau keluar rumah, tak nak beritahu apa-apa.

Makanan pun tak payah beli sebab ibu dah masak siap-siap dan hidangkan. Tapi dia kan ada penyakit diabetes dan makanan rumah mungkin tak berapa nak sesuai dengan diet dia.

Yang peliknya dia ada kencing manis tapi yang makan jajan, keropok dan coklat sebakul adalah dia juga. Nak salahkan siapa?

Tambahan lagi, saudara saya ni adalah orang yang selalu disukai orang. Semasa arwah wan hidup, dia lah cucu kesayangan.

Semua benda dia nak dia dapat. Rupanya ibu baru teringat, yang saudara saya tu dulu suka ambil kesempatan dengan wan.

Abang ipar saudara saya beritahu yang dia pernah call wan menangis-nangis mintak duit beribu sebab tak cukup untuk bayar apa entah tapi dia sebenarnya tipu.

Bila dia habis je panggiIan, dia ketawa je depan adik-adik dia dan abang ipar, cakap, “tengok la wan bagi je apa i minta”.

Agaknya bila menangis kesakitan haritu, dikira kifarah ke? Lepastu baru kami perasan, beberapa bulan ni, dia sebenarnya pernah tipu kami juga.

Ada juga haritu kami dapat tau yang dia tipu semasa temu janji dengan doktor. Dia cakap dia tinggal dengan ibu saudara yang sakit. Lawak betul.

Sekarang kami semua tak percaya dengan dia. Ibu saya ni baik sangat. Alhamdulillah dia tak pernah sakit, ni memang rezeki daripada Allah. Hidup kami pun rasa cukup.

Ibu saya juga jarang nak berkira. Selama sepupu saya duduk bersama, ibu tak pernah minta duit pun dekat dia.

Jadi, sepupu saya ni tak pernah hulur tapi dia ada belikan beras dan minyak. Bila baik sangat ni, tu yang anak-anak saudara mula nak pijak kepala ibu saya.

Baru-baru ni saya ada pesan balik dengan adik dia pasal hal ini, kami dah tak sanggup. Ini bukan kali pertama ye kami mengadu.

Rupanya waktu tu barulah dia nak ajak kakak dia untuk berbincang pasal pindah ke tempat lain. Padahal dah banyak kali dah kami pesan yang kami tak nak dia duduk serumah lagi.

Macam mana ya? Saya sendiri pun dah buntu. Saya pula kena pindah tempat lain sebabkan kerja baru saya tapi saya dah tak sanggup tengok ibu saya kena ambik kesempatan dengan saudara saya tu.

Kami pun dah tak ada ayah sebagai ketua keluarga dan pelindung lagi. Ibu saya sampai cakap, mintak tolong dengan Allah sahajaIah sebab mintak tolong dengan orang, memang tak dapat.

Baca juga: Belum bersedia daftar pengesahan rujuk, Diana Danielle masih perlu sedikit masa