“Rasa seperti teguran halus” – Lelaki sebak lihat peniaga merangkak antara ruangan solat dan tempat wuduk

Oleh MAISARAH AISYA

Kadangkala kita yang sihat tubuh badan ini jugalah sering mengambil ringan hal berkenaan solat atau pekerjaan.

Ada yang sihat fizikal dan mental tapi sangat pemalas untuk mencari rezeki sedangkan ramai orang yang serba kekurangan bekerja keras demi sesuap nasi.

Tular video di TikTok mengenai seorang penjual kerepek yang dilihat tidak mengambil ringan hal solat meskipun terpaksa merangkak antara ruangan solat dan tempat mengambil wuduk.

Pengguna TikTok, @jarirharun berkongsi mengenai dirinya membantu untuk pimpin lelaki yang dikenali sebagai Saad.

“Semalam singgah kat surau sekejap, tiba-tiba abang ni datang parking motor tepi pintu masuk dan minta tolong.

“Nampak macam cemas, rupanya nak minta tolong pimpin dia ke tandas, kaki dia kejang sebab lama sangat atas motor katanya.

“Lepas selesai pimpin dia, kami duduk atas kerusi, sembang-sembang sekejap, tanyalah dia jual apa sebab nampak ada beg besar atas motor dia. Katanya jual kerepek,” ujar pengguna tersebut.

@jarirharun

Bila Allah nak tegur, kadang-kadang halus sangat ‘bahasanya.’ Cuma kita nak faham ke tidak 😌 #bostepen #tepenyongtaufoo #tepen #yongtaufu #yongtaufoo #nasihatkehidupan #nasihatdiri

♬ original sound – Bos Tepen – Bos Tepen

Laju sahut panggilan azan

Ujarnya dalam video tersebut, kita manusia yang sempurna ini pun sering melengahkan waktu solat sedangkan abang ni laju sahaja menunaikan solatnya.

“Tak lama lepas tu masuk waktu Maghrib, dia terus bergegas pergi ambil wuduk, terkesima, tengoklah macam mana cepat dia sambut panggilan solat.

“Tiba-tiba rasa malu sangat, malu dengan Allah SWT, malau dengan abang ni. Kita ni minta macam-mecam dengan Dia, tapi bila nak solat susah betul nak tepat masa.

“Sokong je beli barangan walaupun kita rasa kita tak perlu barang yang dia jual sebab dia sedang berusaha dengan tenaga empat kerat dia dan bukan meminta.

“Semoga Allah mudahkan urusan abang ni,” jelasnya.

Baca juga: Makanan tradisi Malaysia mendunia lagi, pemuda teruja jumpa gerai nasi lemak di Hawaii