Rasionalisasi Rela langkah tidak sesuai, kata Muhyiddin

Rasionalisasi Rela langkah tidak sesuai, kata Muhyiddin

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat, cadangan Pelaksanaan Rasionalisasi Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai langkah yang tidak sesuai.

Muhyiddin Yassin

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Beliau berkata, Rela mempunyai lebih beberapa juta ahli dan jika rasionalisasi itu dilaksanakan, Jabatan RELA akan dibubarkan sekali gus menjadi Bahagian di bawah KDN.

“Bahagian itu adalah sesuatu kecil (pecahan daripad sesuatu yang dibahagikan), bila sudah besar, ia akan menjadi jabatan.. sekarang ini kalau boleh Rela nak diturunkan jadi bahagian semula.

“Kalau dah turun jadi ‘Bahagian’ ditambahkan pula dengan jumlah anggota yang ramai, macam mana nak buat semua itu? Sama juga dengan jabatan lain, jadi kita kena kaji sama ada wajar atau tidak rasionalisasi ini.

“Rasionalisasi ini adalah arahan daripada Kementerian Kewangan (MOF) dan mereka minta kaji sama ada boleh atau tidak untuk melaksanakan cadangan tersebut.

“Maksud rasionalisasi itu ialah, mahu mengurangkan bilangan.. mungkin MOF nak kurangkan belanja.. pada saya Rela itu, sebahagian besar tugas yang dipikul mereka adalah sebagai sukarela, tetapi ada pegawai tertentu yang menguruskan,” katanyaketika ditemui Malaysia Dateline di lobi Parlimen pada Selasa.

Menurut Muhyiddin sekiranya cadangan itu dilaksanakan, kesan terhadap pengurangan bilangan kakitangan di setiap jabatan atau agensi perlu diambil kira.

“Rasionalisasi ini bukan setakat nak mengurangkan pekerja, tetapi kesan terhadap pengurangan pekerja itu sendiri, seperti keberkesanan badan atau organisasi terlibat. Kesan itulah yang perlu diperhalusi,” katanya.