Rasmi BN menang di dua PRK

Rasmi BN menang di dua PRK

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  mengumumkan BN menang dengan majoriti 9,191 undi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar manakala Amanah memperoleh 7,609 undi dan Pas (6,902 undi).

Di Kuala Kangsar, SPR mengumumkan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Mastura meraih 12,653 undi manakala calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684 undi), calon Amanah, Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) manakala calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (54 undi).

BN mengekalkan penguasaannya di Sungai Besar dengan majoriti yang bertambah.

Pakatan Harapan mengadakan sidang akhbar berhubung keputusan PRK Kuala Kangsar di Pejabat Amanah Kawasan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

COMMENTS

Wordpress (0)