Rasuah di Melaka bukan didukung pemimpin kecil Umno

Rasuah di Melaka bukan didukung pemimpin kecil Umno

Pemimpin Umno di Melaka dikenali dengan kaitan jenayah rasuah sehingga mencecah RM150 juta, kata Pengerusi AMANAH Melaka, Adly Zahari (gambar atas).

Bagaimanapun, ujarnya, hanya sejumlah kecil jumlah rasuah didakwa sekali gus membuktikan kepincangan Barisan Nasional (BN) menerajui kerajaan negeri Melaka sebelum ini.

“Melaka biasa kita dengar tentang rasuah. Tapi mana ada seorang pemimpin kecil Umno sanggup rasuah sebanyak itu kalau tidak didukung oleh pemimpin-pemimpin utama Umno-BN?

“Yang didakwa hanya sekitar RM20 juta daripada RM150 juta. Apa jadi pada rakyat Melaka kalau Umno-BN tidak ditumbangkan pada pilihan raya kali ini?

“Apa yang kita mahu adalah sesuatu yang lebih baik. Sebab itu kita tidak ada pilihan melainkan Pakatan Harapan (PH),” tegas dalam Ceramah PH di Bukit Baru semalam.

Beliau berkata, kerajaan negeri Melaka di bawah penguasaan BN tidak menjalankan tanggungjawab sewajarnya seperti dibuktikan pada Laporan Ketua Audit Negara.

Indeks Akauntabiliti Malaysia

“Indeks Akauntabiliti oleh Laporan Ketua Audit Negara menyaksikan Melaka duduk di tangga nombor dua dari bawah.

“Negeri yang paling atas mencapai akauntabiliti terbaik adalah kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Indeks Akauntabiliti Melaka rendah bukan kerana pegawai kerajaan negeri tidak buat kerja tetapi pemimpin Umno yang tidak menunjukkan contoh terbaik kepada rakyat,” jelasnya.

Menurut Adly, kerajaan negeri Melaka juga hilang jutaan ringgit akibat tambakan pasir di Klebang manakala Kota Fesyen di Hang Tuah Jaya baginya sudah menjadi projek gajah putih.

“Laporan Audit Melaka menunjukkan kerajaan negeri hilang berjuta ringgit kerana tambakan pasir di Klebang. Sekarang ini ada akta berita palsu, kalau apa yang saya sebut ini tidak betul, maka saya boleh didakwa.

“Saya tidak bimbang kerana apa yang disebut berasaskan fakta. Kerajaan negeri buat kota fesyen RM52 juta. Bukan orang Melaka yang ramai di situ, tetapi orang Pakistan dan Bangladesh,” bidasnya.

Tambah Adly, BN yang menguasai Melaka turut gagal menangani penggunaan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka berhabis lebih RM200 juta. Satu tahun lapangan terbang itu boleh menempatkan 1.5 juta orang.

“Tetapi penggunaannya hanya empat peratus sahaja sedangkan lapangan terbang Pulau Pinang penggunaannya lebih 90 peratus,” tegasnya lagi.

5.7
OVERALL SCORE
2 user votes x 8.5
CATEGORIES