‘Rate’ Aliff Syukri dah macam artis profesional, harga untuk undang menyanyi serendah RM15k

Oleh KIM SYAZIE

Usahawan sensasi, Aliff Syukri tidak berahsia apabila bercerita soal harga bayaran jika mahu mengundangnya mengadakan konsert nyanyian.

Aliff berkata, dia pernah menolak undangan menyanyi di sebuah konsert di Pulau Pinang selepas bayaran ditawarkan tidak masuk akal.

Atas sebab itu dia mendedahkan harga untuk dia membuat persembahan adalah serendah RM15,000.

“Dengan nama Allah saya ada dapat tawaran jadi penyanyi untuk sebuah konsert di Pulau Pinang bulan lepas.

“Tapi saya tak sedia dan suara saya terlalu sedap selain bayaran mereka tawarkan tidak setimpal,” katanya menurut laporan mStar semalam.

Kata Aliff, lebih baik dia menjual produk di TikTok dan membuat siaran langsung jika dia dibayar pada harga tidak setimpal.

“Kalau saya pergi, dah bersiap cantik-cantik lepas itu minta saya menyanyi dengan bayaran RM2,000. Baik saya berniaga dengan buat live saja di TikTok,” katanya.

Pada masa sama, usahawan berusia 37 tahun itu berkata dia bukannya mahu bertingkah sombong tetapi dia juga bukan artis ‘funfair’ atau artis cikai.

“Saya bukan nak sombong tapi penganjur tu ingat saya artis funfair? Jadi saya kata tak boleh dan harga saya tetap paling minimum RM15,000. Kalau pergi saja memang tak berbaloi,” katanya.

Baca juga: Sikap Vivy Yusof di media sosial rupanya pernah dikaji, ini hasil analisis universiti tempatan