Pempengaruh media sosial, Ratu Farah yang dikenali dengan banyak video-video tarian peliknya mengatakan dia dahulu pernah menjadi kegilaan ramai di sekolah.
Dalam satu sesi podcast Sembang YTJT, Farah berkata dia sering kali diusik kumpulan lelaki di sekolahnya, malah ada yang memuji mengatakan dia cantik.
“Waktu dekat sekolah saya selalu kena kacau dengan lelaki. Saya kalau pergi mana-mana dengan kawan saya, kalau saya pergi kantin, selalu ada sekumpulan lelaki suka kacau saya
“Sampai kawan saya kata (pada mereka), kau nampak penumbuk ini. Kau kacau Farah siap engkau. Haa
“Dia kacau (kata) hai Farah…eh Farah comelnya hari ini. Cantiknya. Biasa lah (kena) kacau… macam jadi kegilaan ramai,” katanya sambil bergelak ketawa.
Sedutan klip video itu menjadi tular di media sosial dan menjadi topik bualan hangat.
Ada warganet yang memuji keyakinan diri Ratu Farah yang jarang dimiliki orang lain.
Selain itu ada yang berkata, di sekolah sememangnya akan ada seorang kawan yang agak “lugu” dan tidak dapat membezakan antara usikan nakal dan usikan kerana betul-betul minat.
Baca juga: Hamil anak kelima dengan suami kelima, wanita usia 25 tahun nak ikat rahim tapi dihalang