Ratu Naga akan buat laporan polis esok

Ratu Naga akan buat laporan polis esok

Ratu Naga memberi respon balas dalam facebooknya terhadap dakwaan yang dibuat oleh Azharuddin terhadapnya.Pemilik akaun facebook Ratu Naga,  atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah mendakwa, namanya digunakan untuk kerja memfitnah berhubung dakwaan beliau membeli 900,000 nama pada harga RM5,000 daripada pangkalan data untuk menipu tandatangan memorandum Deklarasi Rakyat.

Berikutan dakwaan itu, Ratu Naga akan membuat laoran polis ke atas Azharuddin di balai polis Petaling pada jam 2.00 petang esok.

Menulis di facebooknya petang tadi, Ratu Naga berkata beliau ingin bertemu dengan individu yang menggunakan namanya dan bersumpah sama ada individu tersebut mengenali beliau atau tidak.

“Saya dapat tahu nama saya digunakan untuk kerja memfitnah, saya nak jumpa budak yang guna nama saya ini bersumpah dia kenal saya atau tidak.

“Nak kena ni, saya akan buat pc (sidang media) jawab balik,” tulisnya.

Sebelum itu, seorang individu bernama Azharuddin Othman alias Abdullah tampil membuat pendedahan mendakwa beliau ditawarkan RM 5,000 bagi sejumlah pengkalan data yang akan digunakan untuk 1.2 juta tandatangan Deklarasi Rakyat.

Dalam sidang media bersama Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, Azharuddin yang bekerja sebagai pengaturcara komputer bebas secara sambilan berkata, Ratu Naga menghubunginya pada 27 April lalu bagi tujuan itu.

“Dia menawarkan saya RM 5,000 untuk mendapatkan 1.2 data base penduduk Malaysia bagi projek Deklarasi Rakyat,” katanya ketika membacakan akuan bersumpah bagi membuktikan pendedahan dan pengakuan beliau adalah benar.

Bagaimanapun Azharuddin berkata, beliau hanya menerima RM1,000 daripada jumlah yang dijanjikan.

 

TAGS