Ratu Naga harap Hamidah akan berdamai, pertemuan Syed Saddiq, Hamizura diadakan esok

Ratu Naga harap Hamidah  akan berdamai, pertemuan Syed Saddiq, Hamizura diadakan esok

Exco Wanita PKR Syahrul Ema Rena Abu Samah melahirkan rasa terkilannya kerana bekas Naib Presiden Bersatu Datuk Hamidah Osman tidak menyertai pertemuan yang diaturkannya pada esok (Selasa).

Syahrul Ema Rena atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga berkata, bagaimapun beliau berharap perjuangan politik Hamidah dihargai.

“Saya tidak berhak atau minta apa-apa dari mana-mana pihak untuk keluar masuk mana-mana parti.

“Tapi saya berharap perjuangan Datuk Midah dihargai kerana sehingga kini saya masih nampak mereka tetap dengan misi yang sama.

“Datuk Midah ada pengalaman dan nama yang besar untuk berada di mana-mana beliau rasa sesuai untuk di jadikan platform untuk berdiri.

“Namun, walau pun jika Datuk Midah tidak masuk semula ke PPBM, saya berharap pihak parti itu dan beliau sentiasa berdamai dan berkerjasama atas satu misi iaitu tumbangkan Umno- BN pada PRU14,” ujarnya.

Datuk Hamidah Osman

Hamidah sebelum ini menyatakan keputusannya tidak menyertai pertemuan diatur Ratu Naga kerana beliau telah menyerahkannya kepada peguam.

Bercakap kepada Malaysia Dateline, Syahrul Ema Rena berkata, pertemuan antara Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas aktivis Bersatu Hamizura Osman akan diteruskan tanpa kehadiran Hamidah.

Dijangka pertemuan yang diaturkan antara Syed Saddiq dan Hamizura akan diadakan secara tertutup pada jam 10 pagi esok di Cititel Hotel Kuala Lumpur.

“Saya harap semua dapat diselesaikan sebab pilihan raya umum hampir dekat. Selepas ini saya mahu lihat kedua pihak tumpu pada menangkan Pakatan Harapan jadi jangan leka,” ujarnya.

Justeru katanya, dengan usahanya itu diharapkan pendamaian menghentikan serang menyerang dan tuduh menuduh dan diselesaikan antara dua pihak terbabit.

“Saya harapkan pendamaian berbentuk satu pasukan yang boleh berbincang dengan misi yang sama walau pun berlainan parti.

“Saya sentiasa berjalan di atas silaturahim yang kita semua bina dulu sewaktu Deklarasi Rakyat.

“Saya harapkan sumbangan kedua belah pihak untuk teruskan agenda untuk menangkan Pakatan Harapan pada PRU akan datang. Pemimpin tak pernah kenal bagaimana kita semua bersama dan berkerjasama dulu, sebab silaturahim sudah wujud merapatkan kita sebelum kita dikedudukan masing-masing,” ujarnya.

 

Baca: Hamidah serah pada peguam, Hamizura setuju bertemu Syed Saddiq

Baca: Syed Saddiq setuju dengan hasrat Ratu Naga tawarkan diri jadi pendamai 

Baca: Ratu Naga mahu jadi pendamai kepada tiga pimpinan Bersatu yang bertelagah

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote