Ratu Naga mahu jadi pendamai kepada tiga pimpinan Bersatu yang bertelagah

Ratu Naga mahu jadi pendamai kepada tiga pimpinan Bersatu yang bertelagah

Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga berhasrat menjadi orang tengah bagi meleraikan kekusutan dan salah faham membabitkan Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan bekas Naib Presiden Bersatu Datuk Hamidah Osman dan adiknya bekas aktivis Bersatu Perak Hamizura Osman.

Menurut Exco Wanita PKR ini, tujuannya untuk berbuat demikian kerana berasa kesal dengan kekusutan yang berlaku antara pemimpin utama dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia(Bersatu) itu.

” Mereka ini adalah pejuang-pejuang yang hebat malah ada keistimewaan sendiri. Saya kenal kedua pihak ini dengan baik sekali, misi dan perjuangan mereka sama walau pun tak ada dalam parti yang sama, iaitu tumbangkan BN.

“Jelas mereka adalah rakyat yang banyak berkorban untuk lain-lain dengan cara masing-masing.

“Saya cuma kesal salah faham antara mereka tidak selesai dan tidak ada pihak mahu perkara ini di selesaikan dengan cara aman.

“Sekiranya ia berterusan Umno menganggap ini boleh jadi peluru untuk kenakan PAKATAN HARAPAN. Sebenarnya tidak, perselisihan faham mereka adalah salah faham kerana kasih sayang sebenarnya,” ujarnya dalam kenyataan.

Justeru katanya sebagai sahabat kepada tiga individu itu beliau sedia menawarkan diri untuk menjadi orang tengah antara Syed Saddiq, Hamidah dan Hamizura.

Beliau bercadang untuk mengadakan pertemuan itu di sebuah ‘coffe house’ di City Hotel Mid Valley pada 10 Oktober (Selasa) depan.

“Kita cari titik permulaan untuk berdamai dan rapatkan semula silaturahim yang bergoyang ini untuk kita terus fokus bersama tumbangkan Umno-BN yang suka jadi pelaga buat ramai pihak.

“Rakyat sedang tertekan, apa kata kedua pihak berjiwa besar merendahkan ego masing-masing untuk makan tengahari bersama saya.

“Sama-sama kita berbincang seperti keluarga dan profesional. Dalam keadaan rakyat tertekan kini, saya harap kedua pihak sanggup terima pelawaan saya ini.

“Jika ada pihak berat hati, terserah sebab banyak mata memandang, biar kalian sebagai sahabat semua menjadi saksi,” ujarnya.

Sebagai rekod pada Selasa bekas Naib Presiden Bersatu Datuk Hamidah Osman membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan Syed Saddiq yang didakwa menuduhnya sebagai ejen Umno.

Syed Saddiq dalam sidang akhbarnya pada Isnin menjelaskan ada cubaan daripada seseorang di luar Pakatan Harapan cuba menyogoknya dengan wang bernilai RM5 juta sekiranya meninggalkan parti itu selain mendakwa dijanjikan dengan peruntukan untuk membuka sekolah debat di seluruh negara dan turut mendakwa ada bekas ahli parti turut disogok.

Bagaimanapun Hamizura yang tidak senang dengan kenyataan Syed Saddiq itu memberikan komen di dalam laman facebooknya yang dipetik berkata, sikap pelik Syed Saddiq yang pernah menyuruh kakaknya ‘berambus’ daripada parti itu, namun apabila bekas Naib Presiden PPBM itu keluar parti secara sukerala, kakaknya itu dituduh pula menerima sogokan wang.

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS