Ratu Naga persoal cubaan ‘cicak mengkarung Umno’ halang Azmin bertemu rakyat Johor

Ratu Naga persoal cubaan ‘cicak mengkarung Umno’ halang Azmin bertemu rakyat Johor

Syahrul Ema Rena Abu Samah

Exco Wanita PKR Syahrul Erma Rena Abu Samah mempersoalkan tindakan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Johor menghalang Menteri Besar Datuk Seri Mohd Azmin Ali bersama rakyat dalam Jelajah Peduli Rakyat di negeri Johor  pada Sabtu.

“Sejak bila seorang Menteri Besar di haramkan untuk melawat rakyat? Patut ke perkara ini berlaku di dalam negara demokrasi?,” soalnya.

Shahrul Erma Rena atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga merujuk kepada rentetan daripada lawatan Azmin di TMF5 Cafe Taman Mawar dan singgah di program Sunathon KRT Kota Masai, dalam Jelajah Peduli Rakyat  apabila  telah tersebar kenyataan Pengarah JPNIN Johor Rajali Mudin kepada komuniti.

Shahrul Ema Rena  memuat naik kenyataan Pengarah JPNIN itu di laman facebooknya.

Rajali dalam kenyataan yang tersebar itu dipetik menyebut walaupun KRT merupakan sebuah organisasi NGO ianya mendukung aspirasi serta hasrat Kerajaan pada masa yang bertindak sebagai mata dan telinga pihak kerajaan dalam soal-soal berkaitan dengan perpaduan dan keharmonian kejiranan dalam komuniti setempat.

Dalam suasana kerancakan kempen-kempen politik serta keghairahan pihak-pihak tertentu mempergunakan “platform” NGO sebagai cara mendekati orang ramai maka KRT tidak ketinggalan terkena tempias arus ini.

“Saya selaku Pengarah Rukun Tetangga seperti yang termaktub di dalam AKTA RT 2012 dengan ini melarang sekeras-kerasnya supaya KRT tidak dipergunakan sbg “platform” mana-mana pihak yg mempunyai agenda tertentu yang terkeluar dari dasar dan matkamat KRT tersebut,” ujarnya beliau.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR ketika jelajahnya mendedahkan betapa teruknya diskriminasi Umno terhadap beliau sewaktu lawatannya sehingga berlaku tindakan menghalang termasuk menutup pintu namun memuji diplomasi Yang Amat Mulia Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Azmin berkata, sewaktu lawatan beliau ke Istana Mersing, Sultan Johor sendiri berkenan menyambut beliau malah baginda memasak sendiri nasi beriani sebagai hidangan.

“Tuanku Sultan terima saya. Ini Umno cicak mengkarung halang saya,” ujarnya Azmin yang dipercayai merujuk kepada kenyataan dibuat oleh Pengarah JPNIN Johor itu.

Jelajah Rakyat Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Harapan bersama Azmin ini meliputi kawasan Kempas, Pasir Gudang, Masai, Rengit, Senggarang, Batu Pahat.

Baca: Sultan jamu nasi beriani, Umno cuba halang saya, dakwa Azmin di Johor

 

 

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS