Raus dan Zulkefli disaran letak jawatan untuk selesaikan krisis badan kehakiman

Raus dan Zulkefli disaran letak jawatan untuk selesaikan krisis badan kehakiman

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, Tan Sri Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin perlu meletakkan jawatan secara kehormat sebagai Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan bagi menyelesaikan krisis perlembagaan berhubung dua jawatan tertinggi badan kehakiman.

Jelas Kit Siang, apabila Raus secara kontroversi dilantik semula sebagai Ketua Hakim Negara, beliau berkata lantikan semula beliau sebagai Ketua Hakim Negara “belum pernah berlaku” tetapi ia menurut perlembagaan.

Raus juga katanya berkata, semua perkara bermula dengan permulaan pertama, justeru, oleh sebab ia pertama kali berlaku, ia menimbulkan pelbagai pandangan.

“Bagaimanapun pelantikan semula Raus dan Zulkefli untuk dua jawatan tertinggi badan kehakiman di negara ini menerima kritikan dan tentangan.

“Tahap beratnya kritikan dan tentangan ini sehingga melibatkan bekas Ketua Hakim Negara, bekas Peguam Negara, Menteri bekas Menteri Undang-Undang dan Malaysian Bar,” kata beliau dalam kenyataan medianya semalam.

Tambahnya, perletakan jawatan secara hormat Raus sebagai Ketua Hakim Negara dan Zulkefli sebgai Presiden Mahkamah Rayuan akan membolehkan perubahan yang diperlukan bagi badan kehakiman di negara ini dapat dilakukan.

8.0
OVERALL SCORE
: 7.0
3 user votes x 8.3
CATEGORIES
TAGS