Rayani Air yakin mampu bertahan hadapi ekonomi semasa

Rayani Air yakin mampu bertahan hadapi ekonomi semasa

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Rayani Air boleh mendapat keuntungan dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang,” katanya pada sidang akhbar di pusat operasi syarikat itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2), di sini.

Terdahulu, beliau menyambut ketibaan kira-kira 25 pengamal media dari Kelantan yang dibawa merasai penerbangan pesawat berkenaan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di Kota Baharu ke Klia2.

Dalam pada itu, Ravi berkata pihaknya akan terus menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya sebagai alternatif kepada pengguna yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan udara untuk ke satu-satu tempat.

“Setakat ini kami masih menawarkan perkhidmatan bayaran percuma untuk 20 kilogram bagasi, diskaun 20 peratus bagi orang kelainan upaya, warga emas dan bayi serta tiada cas tersembunyi dikenakan.

“Kami akan tampil sebagai alternatif kepada pengguna dan bukannya untuk bersaing dengan mana-mana syarikat penerbangan tambang rendah yang lain,” katanya.

Beliau berkata seramai 50,000 penumpang telah menggunakan perkhidmatan penerbangan syarikat itu sejak dilancarkan pada 20 Dis tahun lepas.

Rayani Air merupakan hasil usaha sama dua perniagaan iaitu syarikat minyak dan gas, Merdeka Jayabumi Enterprise, dan syarikat perlombongan, Terus Maju Metal.

CATEGORIES