Rayuan ditolak, Papagomo diarah bayar Anwar RM800 ribu

Mahkamah Persekutuan mengekalkan perintah bayaran ganti rugi Blogger ‘Papagomo’ atau Wan Muhammad Azri Wan Deris terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumlah RM800,000 ekoran penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkannya (Anwar) dalam video seks di blog berkenaan.

Keputusan itu dibuat susulan panel tiga hakim yang menolak permohonan kebenaran beliau untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, lapor Selangorkini.

Pada 28 Februari 2014, Wan Muhammad Azri diperintahkan membayar ganti rugi RM800,000 kepada Anwar selepas mahkamah mendapati beliau selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutannya dan Wan Muhammad Azri adalah ‘Papagomo’.

Mahkamah juga memerintahkan Wan Muhammad Azri selaku defendan membayar kos sebanyak RM50,000 kepada plaintif.

Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta pada 21 Mac 2013 kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.