Malaysia Dateline

mohamad Sabu

Rayuan kes Mat Indera esok

Esok adalah pendengaran kes rayuan Presiden  Amanah Mohamad Sabu atas tuduhan fitnah terhadap anggota polis Bukit Kepong.

Mohamad disabitkan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang mana beliau telah  dibebaskan oleh hakim Mahkamah Sesyen Pulau Pinang tanpa dipanggil membela diri.

Pihak pendakwa telah memfailkan semua  rayuan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang tetapi hakim Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.

Kes akan didengar di Mahkamah Rayuan di Putrajaya jam 9.00 pagi esok.

Mohamad di wakili peguambela Aminuddin Zulkifli, Nasar Khas Mirbas Khan, Nazratun Naim,Syarifah Asma’ danHanipa Maidin.

Sebaga rekod Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Butterworth sebelum ini yang membebaskan Mohamad daripada dua pertuduhan memfitnah anggota keselamatan Bukit Kepong dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada tahun 2011.

Hakim Lim Chong Fong membuat keputusan itu selepas menolak rayuan yang dikemukakan Ketua Unit Pendakwaan Datuk Razali Che Ani terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth pada 8 Julai yang membebaskan Mohamad Sabu terhadap pertuduhan itu.

Chong Fong dalam penghakimannya berkata, keputusan dibuat selepas meneliti semua hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

Katanya, apa yang disebut oleh Mohamad mengenai insiden Bukit Kepong itu bukan satu fitnah tetapi penulisan itu telah ditokok tambah dan disensasikan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Orang ramai diminta hadir untuk memberikan sokongan terhadap Mohamad.