Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Rayuan Ramadan, demi pendidikan anak-anak Syria
Husam memulakan derma sebanyak RM4,000 demi pendidikan anak-anak Syria

Rayuan Ramadan, demi pendidikan anak-anak Syria

MALAYSIADATELINEMay 18, 2019 1:47 pm




Humanitarian Solidarity Association For Development (IDKA), sebuah NGO berdaftar di Turki yang dahulunya mempunyai 7 buah sekolah kini hanya tinggal 2 buah sahaja dalam keadaan daif dan kekurangan sumber kewangan.

Lokasi sekolah ini, di Bandar Raihanli dalam Wilayah Hatay yang terletak benar-benar bersempadan dengan Syria.

Pengetua kepada dua buah sekolah menengah dan rendah yang khusus menyantuni anak Syria ini Abduir Razzak Idliz menyatakan kebimbangan berhubung nasib pendidikan anak-anak ini, ditambah pula berita tentang hal ehwal Syria sudah kurang kedengaran di media massa.

Atas semangat perjuangan di bidang Pendidikan, beliau yang juga pengasas IDKA tetap gigih mengurus 400 orang anak-anak Syria antara paling menderita di dunia pada hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Husam Musa yang bertemu Abduir Razzak sewaktu mengetuai Misi Bantuan Kemanusiaan Syria Di Hatiku pada penghujung tahun 2016, kini beliau dipertemukan sekali lagi apabila Razzak mengunjungi negara ini baru-baru ini.

“Saya bercadang untuk mengumpulkan 1000 set pembelajaran yang bernilai RM 50 untuk tujuan pembelian bantuan peralatan pembelajaran (Buku-buku, alat tulis & saguhati guru).

“Bagi pihak diri saya, saya memulakan derma ini sebanyak RM 4000 demi Pendidikan anak-anak Syria ini,” katanya.

Katanya, mereka menanti sumbangan ikhlas daripada rakyat Malaysia pelbagai kaum kaya dengan perasaan belas kasihan dan peri kemanusian apatah lagi kaum Muslimin pula mempunyai kewajipan persaudaraan sesama Islam bertepatan pula di bulan Ramdhan yang mulia ini

“Sudikah tuan dan puan ikut serta membantu usaha mulia ini. Untuk satu set bantuan bernilai RM 50 ringgit sahaja. Atau hulurkan segera sumbangan, infaq atau zakat atas apa-apa jumlah untuk golongan fisabilillah ini.
Bantuan anda sangat besar maknanya untuk anak-anak ini,” ujar beliau.

Sumbangan boleh di salur terus ke akaun: Maybank: Yayasan Darul Hijrah (5660 1060 9934).
Atau terus klik ke link ini : https://www.billplz.com/didikanaksyria

Setiap sumbangan mohon dimaklumkan melalui telefon/ whatsapp ke hotline https://wa.me/600183590403?text=Slm%20infaq%20pendidikan%20syria dan email ke [email protected] untuk urusan resit dan audit.

Abdul Razzak berada di Kuala Lumpur sepanjang Ramadhan ini sehingga 23 Mei ini.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production