Rayuan Razman ditolak, mahkamah putuskan bayar RM200,000 kepada Nizar

Rayuan Razman ditolak, mahkamah putuskan bayar RM200,000 kepada Nizar

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan yang dikemukakan oleh Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria, berhubung kes fitnah terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Hakim Mahkamah Rayuan juga turut memutuskan beliau dikehendaki membayar RM200,00 kepada Exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah Negeri Perak itu.

Sebelum ini pada 10 November 2017, Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, Hakim D. Sunita Kaur Jessy membuat keputusan memerintahkan Razman membayar RM200,000 kepada Mohammad Nizar selepas mendapati Razman, selaku defendan, bertanggungjawab terhadap kenyataan yang disiarkan di akhbar Sinar Harian, 2 Jun 2015, berunsur fitnah terhadap Mohamad Nizar sebagai plaintif.

Mohammad Nizar memfailkan saman terhadap Razman berkaitan dua perenggan dalam artikel berkenaan yang mengaitkannya ‘menyokong konsep negara sekular yang diperjuangkan DAP dan bahawa dia perlu menyertai DAP’.