Razif tidak hadir, debat dijadikan forum

Razif tidak hadir, debat dijadikan forum

 

Debat Isu Semasa “Masalah Kesihatan Anak Kecil Terengganu” antara Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dengan Menteri Besar (MB) Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman gagalm diadakan malam tadi.

Ia berikutan MB Terengganu itu gagal menghadirkan diri atau menghantar wakilnya ke program berkenaan yang dijadualkan berlangsung di Hotel Tanjung Vista di bandar Kuala Terengganu.

Program tersebut kemudiannya bertukar menjadi forum yang membincangkan masalah kesihatan anak-anak khususnya di negeri Terengganu berdasarkan laporan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) baru-baru ini.

Dalam forum tersebut Raja Bahrin turut melahirkan rasa kecewa atas sikap tidak cakna MB Terengganu dan kerajaan pimpinannya terhadap masalah tersebut dan tidak menganggap masalah yang dilaporkan UNICEF itu sebagai perkara penting.

Ia kata beliau, berbeza dengan sikap yang ditunjukkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam selepas laporan tersebut dibentangkan kepada Ahli Parlimen baru-baru ini.

Hasbie Muda

Dalam sesi soal jawab di parlimen kata Raja Bahrin, Subramaniam mengakui hakikat wujdnya masalah tersebut dan kementeriannya akan berusaha mengatasinya.

Sebaliknya tambah beliau, MB Terengganu dan kerajaan pimpinannya menafikan perkara itu wujud dan mempersalahkan pihak lain dengan menganggapnya suatu fitnah, bukan mencari jalan untuk mengatasinya.

Debat yang dijadualkan diadakan pada malam semalam kata beliau, antara lain untuk mengungkap dan menjelaskan dengan lebih terperinci apa yang terkandung dalam laporan UNICEF itu dan kemudian mencari jalan mengatasinya, tambahnya.

Moderator forum  Ketua Pemuda AMANAH Terengganu Hasbie Muda.

Hasbi Ahmad, 26,  seorang anak muda yang hadir untuk menyaksikan program debat itu malam tadi berkata, beliau kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh MB Terengganu itu.

“Masalah kesihatan rakyat adalah masalah penting dan ia perlu dibahas dengan terperinci dan kemudian mencari jalan untuk mengubah keadaan,” kata beliau.

Ibrahim Sidek, 53 tahun pula berkata, ada baiknya MB Terengganu tidak hadir pada malam itu.

“Sekiranya beliau hadir, beliau pasti akan membawa penyokong-penyokongnya, dan perdebatan yang hangat boleh menimbulkan macam-macam,” katanya.

 

Baca: Debat tetap diteruskan tanpa jawaban rasmi MB Terengganu

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS