Razman ambil alih Gunong Semanggol, kubu kuat Pas Perak

Razman berpindah dari Lenggong ke Gunong Semanggol, kubu kuat Pas Perak.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria akan bertanding di kerusi Gunong Semanggol, kerusi yang dimenangi calon Pas sebelum ini, Mohd Zawawi Abu Hassan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pencalonan Razman bersama sebahagian calon-calon parti itu yang akan bertanding dalam PRU 14 ini.

Dalam pilihan raya umum ke 13 lalu, Razman bertanding di Parlimen Lenggong, kawasan tempat tinggal beliau, namun kalah kepada calon BN, Shamsul Anuar Nasarah dengan majoriti 3453.

Menurut perancangan awal Pas Perak, Bendahari Pas Pusat ini sepatutnya bertanding di Dun Selinsing, namun kini berpindah ke Gunong Semanggol.

Sebelum ini,  ketika Adun Gunong Semanggol Mohd Zawawi Abu Hassan sakit, Pas kawasan ini mahu Ketua Muslimat Pas kawasan Rohaya Bakar menjadi calon mereka (gambar bawah).

Selain Gunong Semanggol, Razman juga disebut-sebut bakal bertanding di Parlimen Bagan Serai dalam PRU 14 ini namun sehingga ini belum diumumkan.

Sebelum ini Pas kawasan mencadangkan Rohaya Bakar mennjadi calon Pas di Gunong Semanggol.

Pada PRU 13 lalu, ketika Pas bersama gabungan Pakatan Rakyat, calon Pas Mohd Zawawi menang di Gunong Semanggol dengan majoriti tipis 1,405 undi.

Sempena ceramah Gelombang Hijau Perak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Seri Iskandar di Ipoh malam tadi, Abdul Hadi juga mengumumkan Naib Presidennya, Idris Ahmad kekal bertanding di Parlimen Bukit Gantang.

Idris juga nyaris kecundang di tangan calon BN, Datuk Ismail Saffian pada PRU lalu apabila menang tipis 986 undi.

Turut diumum, Ketua Penerangan Pas Kawasan Bagan Datuk, Ata Abdul Munim Hasan Adli sebagai calon di Bagan Datuk manakala Ketua Dewan Muslimat Pas Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad di Parlimen Parit.

Kedua-dua kerusi Parlimen itu bagaimanapun dilihat sebagai antara kubu kuat Umno-BN.

Seramai 1,492,228 pemilih berdaftar di Perak bakal jadi penentu kepimpinan di 59 kerusi Dun dan 24 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum kali ini.

3.5
OVERALL SCORE
3 user votes x 4.7
CATEGORIES