Razman mohon maaf kaitkan Amanah dengan komunis

Razman mohon maaf kaitkan Amanah dengan komunis

Bendahari Pas Pusat Razman Zakaria membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakannya mengaitkan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) dengan Parti Komunis Malaya (PKM).

Permohonan maaf itu dibuat beberapa jam selepas Amanah melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Razman yang juga Pesuruhjaya Pas Perak.

Hanipa mewakili Presiden Amanah Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung Mohd Anuar Tahir, yang wajah mereka terdapat dalam poster yang dikongsikan Razman di Facebooknya.

Razman yang memaparkan poster bertajuk “sejarah yang berulang” dengan membandingkan penubuhan Amanah yang didakwa Proksi DAP dengan Rejimen Ke-10 iaitu sayap kanan PKM.

Posting Razman Zakaria

Turut dipaparkan ialah wajah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Justeru Razman diberi masa 14 hari untuk membuat permohonan maaf.

Razman juga sedang berhadapan kes saman fitnah oleh Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Dalam kes tahun 2015 itu, Nizar memfailkan tuntutan fitnah sebanyak RM3 juta terhadap Razman yang didakwa memfitnahnya.

Ia ekoran sebuah rencana yang disiarkan akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun bertajuk Pendekatan Nizar mirip DAP yang dilihat cuba menjatuhkan dan memburukkan imej serta nama baik bekas Menteri Besar Perak itu.

COMMENTS

Wordpress (0)