RCI: BNM disyorkan jual lot saham TNB

Bank Negara Malaysia (BNM) telah disyorkan menjual 80 juta lot saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menampung kerugian sebanyak RM2.68 bilion yang ditanggung oleh bank pusat itu ekoran aktiviti urus niaga pertukaran mata wang asing pada awal tahun 1990-an.

Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan, Datuk Othman Jusoh, 69, berkata, penjualan saham itu dicadang dijalankan secara ‘senyap-senyap’ menerusi sebuah syarikat sekuriti.

Menurut beliau, perkara itu ditimbulkan dalam satu mesyuarat yang diadakan di antara BNM, Perbendaharaan dan Jabatan Audit Negara bagi membincangkan kerugian yang ditanggung oleh bank pusat itu.

Othman merupakan individu pertama yang memberi keterangan hari ini dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh BNM sekitar tahun 1990-an di Istana Kehakiman di sini

Hari ini turut memberik keterangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin dalam sesi  pendengaran hari ke tujuh diadakan.