RCI : Mahathir, Daim hadir ke mahkamah beri keterangan

Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin hari ini hadir bagi memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hari ketujuh untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an.

Mahathir bekas perdana menteri yang mentadbir negara ketika tempoh kerugian BNM berkenaan tiba pada pukul 10.22 pagi di Istana Kehakiman hari ini.

Ketibaan Mahathir disusuli oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 10.30 pagi yang hadir mengikuti prosiding berkenaan.

Prosiding RCI hari ini berjalan dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa di Kementerian Kewangan, Datuk Othman Jusoh turut memberi keterangan

Daim hadir di Istana Kehakiman hari ini bagi memberi keterangan kepada RCI.

Beliau yang pernah menjadi Menteri Kewangan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1984-1991 dan 1999-2001 dilihat tiba di perkarangan Istana Kehakiman pada kira-kira pukul 9.45 pagi.

Prosiding RCI hari ini dimulakan dengan keterangan daripada Datuk Othman Jusoh.