‘RCI mainan politik kerajaan, jika saya tidak pimpin parti lawan saya selamat’

‘RCI mainan politik kerajaan, jika saya tidak pimpin parti lawan saya selamat’

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa maklumat yang diberikannya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Noor Mohamed Yackop tidak termasuk dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai skandal Forex- Bank Negara Malaysia.

Bekas perdana menteri itu mendakwa, RCI dijadikan ‘kambing hitam’ oleh pihak kerajaan untuk memerangkaap beliau yang berusaha untuk mengubah kepimpinan kerajaan yang ada hari ini melalui pentas pembangkang.

“Sebenarnya RCI permainan kerajaan yang tidak betul. Banyak maklumat yang diberikan saya, Anwar dan Mohamed Yakcop tidak termasuk dalam laporan ini.

“Mereka memilih-milih apa yang mereka hendak masukkan dalam laporan RCI dan ia bertujuan untuk memburukkan nama orang tertentu termasuk saya supaya tindakan undang-undang boleh diambil terhadap saya kerana saya memimpin parti lawan.

“Jika saya tidak memimpin parti lawan saya selamat- ini adalah tindakan politik tidak berasas kepada undang-undang,” ujarnya dalam video berdurasi 3minit 24 saat yang dimuat naik di laman facebook rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini.

Menurut Pengerusi Bersatu ini lagi, skandal forex-BNM ini yang berlaku 30 tahun lalu sebenarnya sudah diselesaikan ketika beliau menjadi perdana menteri.

Bahkan beliau mengulangi sewajarnya RCi ini ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sejumlah RM2.6bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Perkara ini berlaku 30 tahun dulu sudah diselesaikan begitu lama.

“Tetapi perkara yang baharu berlaku sekarang iaitu penyelewengan Najib berkenaan duit yang terdapat dalam akaunnya sebanyak M2.6bilion di sembunyi dan tiada RCI dibuat yang sepatutnya diadakan.

“Ini adalah cara kerajaan piliha kasih dan salah guna kuasa semata-mata untuk halang parti lawan berusaha jatuhkan kerajaan,” ujarnya.

Tonton videoLaporan RCI Forex

Dengan laporan RCI setebal 400 muka surat yang diagihkan kepada 222 Ahli Parlimen sebelum sidang Dewan Rakyat pada Khamis lalu, ujar, Dr Mahathir lagi, menunjukkan kelemahan negara ini terhadap pendedahan dibuat oleh bekas penolong gabenor BNM Datuk Murad Abdul Khalid pada Januari lalu sehingga tertubuhnya RCI.

“Inilah RCi kita…di negara lain semua orang akan ketawa kerana laporan ini tidak menyeluruh untuk menuduh kononnya saya curi duit.

“Boleh periksalah saya curi duit atau tidak.. kerana sudah lama mereka mencari sama ada saya mencuri duit kerajaan tetapi tidak jumpa di korek 30 tahun lalu dan dibawa ke depan oleh Datuk Murad kononnya ada kesalahan yang berlaku dulu.

“Ini sama sekali tindakan politik tidak ada kaitan berkaitan undang-undang,” jelasnya.

Justeru Dr Mahathir menegaskan, jika undang-undang terhadapnya ingin dikuatkuasakan beliau mencabar supaya turut ditubuhkan RCI untuk menyiasat skandal 1MDB dan wang RM2.6bilion.

“Jika undang-undang untuk dikuatkuasakan saya gesa suapaya diadakan RCi untuk 1MDB dan juga duit sebanyak RM2.6bilion dalam akaun Najib yang dimasukkan di AMbank yang patut diselidik dan sedang berlaku dan mempunyai kesan hari ini.

“Apa yang berlaku 30 tahun lalu sudah diselesaikan dan tidak ada kesan terhadap kewangan negara,” ujarnya.

Sebagai rekod Pada 15 Februari lalu, kerajaan mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas (PPK) yang diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menyiasat dakwaan skandal kewangan terbesar membabitkan kerugian berbilion ringgit dialami BNM dalam perdagangan mata wang asing pada 1990-an dan mengemukakan syornya.‬

‪Pada 21 Jun lalu, laporan akhir PPK mendedahkan wujud kes prima facie dalam kerugian urus niaga mata wang asing (forex) BNM.‬

Pasukan itu juga mendapati jumlah kerugian urus niaga berkenaan jauh lebih besar daripada angka dimaklumkan kepada Parlimen dan Jemaah Menteri lebih 20 tahun lalu.

PPK mengesyorkan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengakhiri isu ini demi masa depan negara.

RCI itu ditubuhkan khas untuk menyiasat skandal forex di bawah pentadbiran Dr Mahathir  manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan ketika itu.

Siasatan RCI yang dipengerusikan Mohd Sidek yang juga Pengerusi Petronas, dibantu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan, pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) Tan Sri Saw Choo Boon dan anggota Institut Akauntan Malaysia K. Puspanathan.

Pada 30 November Setiausaha RCI Datuk Dr Yusof Ismail membuat laporan polis berdasarkan syor dan rumusan RCI mengenai kemungkinan berlaku pecah amanah dan penipuan dalam skandal berkenaan.

Yusof dilaporkan berkata laporan itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah dan penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin telah dilakukan oleh pihak yang dinyatakan dalam laporan suruhanjaya tersebut.

Pada 1 Disember Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pasukan yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh ditubuhkan sejurus laporan polis berhubung perkara berkenaan diterima.

Ini bagi melakukan siasatan lanjut berhubung kerugian urus niaga forex BNM pada sekitar 1990-an itu.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS