Malaysia Dateline

RCI mungkin akan ditubuhkan siasat skandal LCS

Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mungkin akan ditubuhkan bagi menyiasat skandal berhubung pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Ia diberitahu sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, penubuhan RCI ada disebut oleh perdana menteri sebelum ini dan dengan dengan itu ia mungkin akan ditubuhkan

“Dalam keadaan sedemikian saya cukup yakin akan dilaksanakan (RCI) bahkan Perdana Menteri ada menyebutnya.

“Kita tidak tutup, ada ‘possibility’ mengadakan RCI jadi maknanya belum tertutup lagi soalan itu walaupun dianggap SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sudah buat yang terbaik,” katanya pada sidang akhbar selepas Sambutan Bulan Kemerdekaan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang hari ini.