Untuk apa tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kalau tidak ada kuasa, tidak ada taring untuk siasat penyelewengan dan skandal yang ada.
Malah apa perlunya RCI ditubuhkan untuk siasat penyelewengan skandal Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) jika hanya setakat ditubuhkan tapi tidak ada taring dan tiada kuku serta tidak ada kuasa pendakwaan.
“Sebetulnya hasil siasatan RCI boleh dicabar di Mahkamah di bawah kaedah semakan kehakiman atau ‘judicial review dan RCI yang terma rujuknya ditentukan oleh Perdana Menteri (PM) hanya riuh dan sibuk-sibuk sahaja, tetapi akhirnya umpama pi mai, pi mai tang tu juga.
“Dah banyak RCI ditubuhkan sebelum ini, tapi tak ada seorang pun nanti didakwa di Mahkamah. Tiada contoh yang boleh diberikan mereka yang telah diheret ke Mahkamah, didakwa dan berjaya dihukum atau didenda dan disumbat ke penjara setelah siasatan RCI.
“Dalam skandal kapal LCS, satu Laporan Audit Negara telah pun dibentangkan di Parlimen dan telah pun disemak oleh Jawatankuasa PAC iaitu Jawatankuasa Khas Parlimen yang memantau urusan perbelanjaan kewangan negara serta telah menemui pelbagai kesalahan yang bersifat salah guna kuasa, rasuah, pecah amanah dan pelbagai kelemahan kecuaian pengurusan wang yang diperolehi dari kerajaan,” ujar Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.
Tambah beliau, dalam masa yang sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun turut membuat sasatan isu kapal LCS terbabit dan dilaporkan telah selesai disiasat, tetapi perlu teruskan lagi siasatan ke atas ‘ fresh evidence’.
Katanya lagi, SPRM dan Jabatan Pendakwaraya boleh menngambil pengalaman dari kes pendakwaan SRC International dan kes 1MDB untuk membina kes pendakwaan yang kukuh dalam isu LCS serta tidak harus berlengah lagi menangani skandal LCS.
Yang jelas ujarnya, PM sudah pun bersetuju laporan Ambrin Buang, bekas Auditor Negara tentang LCS boleh dnyahrahsiakan atau ‘declassify’.Maka itu tiada perlu lagi membuang masa dengan RCI dan harus bertindak dan mendakwa segera di Mahkamah siapa sahaja yang bersalah dalam skandal LCS setelah PM berjanji kepada rakyat tidak akan melindungi mereka yang terbabit.
Baca juga: Remaja bawah 22 tahun paling ramai lakukan seks bebas – Tinjauan Durex
Baca juga: Bergaji RM12,000 sebulan, ibu tunggal mengaku bersalah hina Islam didenda RM8,000