RCI Wang Kelian: Pegawai atasan arah padam gambar kem dan kubur

RCI Wang Kelian: Pegawai atasan arah  padam gambar kem dan kubur

Assistant Superintenden M. Marian Anthony Joeking mendedahkan anggotanya telah diarahkan untuk memadam gambar-gambar yang di ambil di kem penempatan sementara termasuk gambar kubur yang dijumpai di Wang Kelian, Perlis pada tahun 2015.

Beliau mengaku semua anggota Battalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) di arah berbuat demikian oleh pegawai atasan selepas beberapa bulan menemukan kem itu.

“Ada satu masa antara Mac dan April 2015 saya dapat arahan daripada pegawai pemerintah, siapa-siapa ada gambar berkaitan Wang Kelian minta dipadamkan. Hanya gambar di battalion sahaja boleh simpan.

“Anggota juga tidak diberi arahan untuk ambil gambar. Tiada siapa suruh. Tapi mereka sukarela ambil dan beri pada saya,” katanya kepada tujuh ahli panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ketika sesi pendengaran awam.

Beliau yang juga saksi kelima berkata arahan tersebut diberikan oleh Pegawai Pemerintah Batalion 3 Briged Utara PGA, Superintenden Wan Hamzah Wan Kadir beberapa bulan selepas penemuan kem tersebut.

Menurutnya, gambar tersebut telah dipadam keseluruhannya termasuk gambar yang diambil pada 21 Januari 2015 ketika operasi pemusnahan kem.

Selain gambar, pasukan ini juga telah diarahkan untuk memusnahkan tapak kem tersebut oleh Timbalan Ketua Polis Perlis ketika itu pada 21 Januari 2015.

Namun, operasi itu terpaksa diberhentikan atas arahan S. Sivanganam yang ketika itu sebagai Penolong Pegawai Pemerintah Medan Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA), setelah menjumpai kubur di kawasan tersebut.

Baca: 39 Pati