Reaksi bercampur baur tokoh politik susulan Najib ditahan SPRM

Reaksi bercampur baur tokoh politik susulan Najib ditahan SPRM

Tidak kurang daripada tiga jam berita penahanan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dilaporkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beberapa pemimpin pembangkang dan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan memberikan reaksi masing-masing menerusi twitter dan facebook mereka.

Antara mereka ada yang berpandangan berita mengenai penahanan Najib itu amat dikesali dan menganggap Ahli Parlimen Pekan itu banyak menabur budi kepada rakyat negara ini sejak dua penggal memerintah di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bahkan Pemantau Harapan Malaysia dibawah kepimpinan Datuk Lokman Noor Adam yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno turut mengajak penyokong mengadakan solidariti di SPRM malam ini, untuk memberikan sokongan kepada bekas perdana menteri itu.

Selain Lokman, antaranya Presiden Empirical Anina Saadudin yang juga bekas Srikandi Bersatu, di dalam facebooknya menyanjungi Najib sebagai perdana menteri yang banyak berjasa kepada rakyat ketika pemerintahannya.

“Banyak jasa mu, mulia hati mu, tinggi budi mu.

“Allah bersama mu, wahai kesayangan bangsa Melayu. Bertabah lah di sana. Allah sedang menunjukkan kekuasaan untuk menduga hati mereka yang zalim.

“Hari ini Allah catatkan baginya untuk hari kemudianmya.

“Sabar Yang Amat Berbahagia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,” ujarnya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Tun Faisal Ismail Aziz pula, mempersoalkan tangkapan SPRM ke atas Najib yang tidak pernah dilakukan oleh SPRM terhadap Setiausaha Agung DAP Limg Guan Eng yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan dakwaan rasuah pembelian banglo mewahnya.

“Semasa Lim Guan Eng didakwa dulu oleh SPRM adakah dia ditangkap dan bermalam di lokap?” soalnya.

Bahkan dalam twittnya sebelum itu juga mempersoalkan tindakan SPRM menahan Najib bertentangan dengan kenyataan di buat Tun Dr Mahathir sebelum ini kerana siasatan belum lagi lengkap.

“Siasatan belum lengkap, saksi dan suspek belum habis dipanggil atau dijumpai untuk siasatan, tetapi SPRM nak tahan Najib Razak juga?

“Patut siasat dulu Rafizi yang pernah kata duit SRC masuk Mail Global Resources atau siasatlah dulu Jho Low dan Nik Faisal.” katanya.

Bekas pemimpin PKR Faekah Husin dalam twitter berkata, beliau mengharapkan tidak ada sebarang kejadian tidak dingini menimpa bekas perdana menteri itu.

Beliau dipercayai merujuk kepada beberapa tangkapan yang pernah dilakukan SPRM terhadap beberapa suspek sebelum ini yang begitu trajis dilaporkan membabitkan agensi kerajaan.

“Harap sangat bekas PM ini tidak dipukul sampai separuh mati. Ehemm.. Dan.. janganlah telanjangkan dia.. Oh.. ini SPRM bukan Bukit Aman. Pls.. pls.. harap sangat-sangat bekas PM tak tergelincir dari bangunan SPRM,” ujarnya.

Tidak kurang juga yang memberikan komen dan turut melahirkan rasa simpat mengenai penahanan Najib oleh SPRM hari ini ialah Naib Presien PKR Rafizi Ramli. Beliau berpandangan tindakan SPRM di bawah Taske Force 1MDB itu sebagai satu daripada perjuangan reformasi Pakatan Harapan.

“Berita tersebar Najib ditahan. Saya antara orang yang banyak kritik beliau.Tetapi saya berdoa beliau dilayan baik sebagai seorang bekas PM, dijaga maruah dan air muka.

“Saya doakan beliau dan keluarga diberi keadaan sebaik-baiknya. Inilah perjuangan reformasi,” ujarnya.

Najib hari ini ditahan di kediamannya di Langgak Golf Jalan Duta Kuala Lumpur oleh sekumpulan pegawai SPRM.

Beliau kini ditahan di lokap SPRM sementara menunggu dakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur esok jam 8.30 pagi.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote